Sunday, August 25, 2013
Mengilai.
Yang ini gua dapat idea dari kisah benar seorang kawan.
Anda tak suka kalau rakan/pasangan/abah/pakcik driver anda merupakan seorang yang sering tertidur dalam kereta? Rilek, gua kan ada. Dan gua memang tengah dalam mood nak bagi tips ni:
1- Bukak google, cari file mp3 bunyi pontianak mengilai.
2- Download.
3- Cari CD kosong. Burn fail mp3 bunyi mengilai tersebut dalam CD kosong.
4- Bila anda rasakan pemandu mula rasa mengantuk, pasangkan CD tersebut pada CD Player kereta.
5- Kuatkan volume.
6- Cepat-cepat buat macam tengah tidur nyenyak.
p/s: Jangan risau, pemandu yang mengantuk takkan memandu dengan laju. Kalau anda risau dia terkejut lalu terbabas masuk gaung, sila abaikan tips nombor 6. Selamat mencuba!


Subscribe to:
Post Comments (Atom)