Sunday, August 25, 2013

Tolonglah, kau tak layak.


#PrayForEgypt.


Semalam gua ada lepak dengan seorang kutu bernama Nasa dan Pipit. Selaku kutu-kutu yang bertamadun sama macam gua, antara isu yang kami bincangkan semasa lepak adalah isu-isu dunia seperti isu tersalah ambil order kopi O ais, isu cari kerja, isu random act of kindness, dan isu Whatsapp celaka yang selalu memutuskan hubungan pakwe-makwe hanya kerana bergaduhkan 'last seen'.


Okay yang pasal Whatsapp tu isu gua seorang saja sebenarnya. Hihi sorry ex-girlfriend, janji tak buat lagi.Eh?


Okay sambung. Antara isu berat yang kami bincangkan ialah mengenai posting-posting di Facebook. Jadi biar gua kongsikan di sini.


1- Kami ada masalah dengan fanatic posts yang berada di Facebook.

Ambil contoh;

Sebelum pilihanraya, kau sibuk post hal politik. Habis semua post dari page-page politik kegemaran kau, kau share pada kawan-kawan kau. Padahal aku pun ada like page-page politik. Dan aku dah tengok post yang sama dari page tersebut dan page-page lain. Sekarang ni kau, Abu, Dolah, Husin, dan hampir semua kawan-kawan aku yang giat berpolitik share benda yang sama. Ini adalah fanatic posts. Same goes with football fanatics and semangat-kenegerian fanatics.

Protip: Lain kali cuba like page kedua-dua belah pihak. Jadi anda yang penyokong kerajaan akan dapat berdebat terus dalam post-post pembangkang, dan rakan anda yang penyokong pembangkang akan dapat berdebat terus dalam post-post pro-kerajaan. Win-win situation sebab anda tak perlu share untuk rakan macam kami. Kalau kami rasa nak tau pasal politik, kami buka page politik.

Sebenarnya kami buka Facebook sebab nak tengok akak-akak opis share gambar makanan je!


2- Kami (sebenarnya gua je) ada masalah dengan update pasal anak-anak.

Gua rasa, akak-akak ni masuk opis lepas tu terus teringat dekat anak-anak. Dan terus taip "Malam tadi anak saya Musalman tak nak tidur awal. Sibuk mengacau adik Damia yang memang suka menangis tu.."

Come on, who the hell cares?

Sini, biar saya terangkan guideline saya ye kak. Kalau akak rasa anak akak bermasalah dan akak perlukan pendapat kami, akak post lah masalah anak akak tu dan kalau saya tau serba sikit, insyaAllah saya akan beri pendapat. Tapi kalau akak post "Hari ini anak saya Musalman berak bersepah ala gelinya..." itu maknanya akak yang bermasalah sebab tak ada kawan kat opis kan? Kan? Eleh eleh tak ngaku...


3- Kami ada masalah dengan butang like kami.

*Ini adalah gambar anak yang kehilangan buah pinggang sejak lahir.*

1 like= 1 du'a.
1 share = 1 pahala.

Who are you now. God?


4- Mesir / Palestin / Lubnan / Iraq / Afghanistan.




Maafkan gua, tapi gua rasakan memang kena nyatakan di sini;

Kalau rasa tak layak, jangan share dan terus sambung chatting dengan makwe atau baca komik.

Gua peduli. Semua orang peduli. Semua orang tahu. Yang dah tahu, pandai-pandailah doakan.

Tapi kalau rasa sembahyang tak cukup, main judi, merempit, dan suka menonton buah-buahan, lupakan je hasrat untuk share dan pura-pura taip doa tu. Simpati pada diri sendiri dulu.

Kalau rasa jiran sebelah selalu kesempitan hidup dan tak cukup makan tapi kau buat tak tau je, jangan hipokrit sangat nak doakan orang Mesir sana.


Kalau kau diam pun tak ada orang kata kau tak peduli.

Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

Anonymous said...

hello,anyone? asal blog ni dah takde update lagi? I tak dapat hidup kalau you tak tulis dalam blog ni tau.. ermm belanje sikit..