Sunday, June 17, 2012

Hai.

Apa khabar semua? Abang sihat je ni. 

Sori la, abang sibuk sikit sejak kebelakangan ni. Bila kali terakhir abang tulis blog ni pun abang tak tau. Banyak betul benda yang abang nak cakap, tapi abang biar je dulu kawan-kawan abang bagi pendapat. Abang perati je dulu. 


Sambi perati, abang main Poker dekat Facebook tu.


Sedikit update pasal abang, baru-baru ni abang dah letak jawatan sebagai pelajar. Lepas ni boleh la abang fokus terhadap kerjaya sebagai penghantar resume. Tapi tengok dulu la, kalau boleh abang nak baring tenung kipas puas-puas dulu.



Oh ya, sekarang abang dah ada Pokemon, nama dia Mochi.





Menggoda betul Mochi ni kan?




Walaupun Mochi ni hidung pink, tapi dia ni ganas. Pernah sekali tu dia kena penyepak dengan abang sebab dia gigit kaki abang masa tengah tido, minta friskis. Tak lama lepas tu dia pun ikut tido sama.

Tapi bila abang tinggalkan Sarawak ni nanti, abang terpaksa serahkan Mochi ni kepada tuan dia yang seorang lagi tu. Ala, gadis Iban yang perut gendut tu. Siapa entah nama dia, abang lupa pula. Geogynna Henry kot. 


Eh abang tak kenalkan ke? Lain kali lah abang cerita pasal dia ye.


Okay la, nanti abang update lagi. Abang tengah sibuk lepas gian main Silent Hill 4 ni.



Yang benar,

Abang kurus.

Wednesday, January 4, 2012

Kisah Borhan.

Gua je panggil dia Borhan.


Masa gua buat program internship dekat satu syarikat telekomunikasi, ada satu brader ni, diserap masuk dalam satu bahagian baru dalam kompeni, iaitu bahagian IT. Brader ni handle server internet kompeni, hal-hal antivirus, hal-hal laptop staff dan banyak lagi kerja lain yang berkaitan kompiter.

Gua panggil brader ni Borhan.

Isu terdahulu dalam kompeni, terdapat aduan dan kompelin dari ramai staff kerana capaian internet yang sangat lembap. Hasil penyiasatan, mereka mendapati ada beberapa IP address yang aktif men-download. Download apa, gua tak pasti. Sehinggakan semua staff diberi emel amaran untuk mengehadkan download semasa waktu pejabat. Ini lumrah, hampir semua syarikat mengalami masalah serupa.

Pada suatu hari, owner kompeni beralih dari Streamyx ke Unifi untuk mendapat capaian internet yang lebih pantas. Beberapa hari selepas pemasangan Unifi, owner kompeni bertanya kepada Borhan tentang kelajuan internet yang baharu ini.




"Borhan, macam mana dengan Unifi?"

Tanya Dr. K, pemilik kompeni.



"Bagus Dr., setakat hari ini senang-senang je kita dah berjaya download 10 Gb!"

Jawab Borhan dengan yakin dan bangga.







Keesokan paginya, satu lagi emel amaran dikeluarkan kepada semua staff.

Monday, January 2, 2012

Kisah Abu dan mahasiswa.


Hihi.


Abu ialah seorang murid darjah satu. Pada suatu hari Cikgu Kasim menganiaya Abu, mengoyakkan kertas jawapan Abu. Abu tak tahu nak tulis jawapan kat mana, jadi markahnya kosong.

Abu tak puas hati. Abu geram, nak bakar kereta Cikgu Kasim. Cikgu Kasim kasi warning, kalau Abu buat juga, dia akan panggil polis. Abu seorang pendegil. Abu buat juga. Polis datang. Abu tak kira.

Abu kena pukul dengan polis.

Tiba2 polis yang kena marah.

Sunday, January 1, 2012

Gua ada persoalan. Ini serius.


Sempena tahun baru, kita masuk hal berat-berat sikit ye.



Gua ada satu kawan, disoal dengan soalan yang bunyinya lebih kurang begini:


"U seronok ke jadi orang Islam? Makan itu tak boleh, minum ini tak boleh."


Kawan gua ceritakan pada gua, dan dia tanyakan apa jawapan gua kalau gua ditanya soalan yang serupa. Gua cuma tergelak. Gelak tu gelak la jugak, tapi sebenarnya gua tak tahu nak jawab apa. kah kah kah!

Sebenarnya soalan itu bagus. Cuma gua tak tahu nak jawab dengan jawapan yang paling bagus. So, can anyone help? Should you've been asked the exact question, what is your response?


Thursday, December 22, 2011

Sunday, December 11, 2011

Malaysia 2061 (part II)

Barai, gua dah mula buat cerita bersambung lagi. Ini part I.


Pada 2018, Malaysia bergolak dengan krisis. Ketua pembangkang, Datuk Nurul Izzah Anwar antara suara yang paling lantang pada ketika itu. Beliau mendesak kerajaan supaya menurunkan harga minyak yang mengalami kenaikan konsisten sejak kejatuhan negara-negara Arab, dan Parti Islam SeMalaysia pula mahukan kerajaan melaksanakan hukum hudud yang diperjuangkan mantan ketua mereka, Tuan Guru Nik Aziz beberapa dekad yang lalu.

Masyarakat Malaysia berpecah belah. Jika mengikut nisbah, tiada lagi sokongan 2/3 dari rakyat terhadap kerajaan. Sesama Melayu juga tidak bersatu padu; ada yang perjuangkan ketuanan Melayu, ada yang perjuangkan ekonomi rakyat bawahan, ada juga yang berdebat tentang relevan antara Islam liberal dan Islam sunni.

Bekas Perdana Menteri yang tertekan, Tun Seri Ali Rustam telah mengambil keputusan untuk mengumumkan pembubaran parlimen dan negara akan mengalami satu lagi peristiwa bersejarah, iaitu Pilihanraya Umum.

Aidid masih ingat cerita ayahnya. Pada masa itu dia belum lahir. Ayahnya, seorang penuntut universiti di Amerika terpaksa pulang ke Malaysia kerana ancaman pengganas yang semakin berleluasa di sana kesan kejatuhan ekonomi negara-negara Arab.

Sementelah pulang ke tanah air, keluarga ayahnya yang tinggal di Putrajaya menyaksikan sendiri bagaimana rakyat berhimpun di depan kompleks-kompleks kerajaan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, hampir setiap hari.

Ada sahaja isu yang dimainkan. Harga minyak, kedudukan negara dalam kegawatan ekonomi global, kekurangan bekalan makanan, hak setara antara kaum, pendidikan, hukum hudud, dan banyak lagi. Mentaliti rakyat menjadi sangat tidak stabil. Setiap kali akhbar mengeluarkan kenyataan, beratus orang berhimpun.

Namun ada juga yang mengambil pendekatan berkecuali. Keluarga ayah Aidid adalah antara yang berkecuali, hanya duduk di rumah ketika berlaku kekecohan, dan keluar ke tempat kerja setelah keadaan reda. Mereka ini samada penyokong kerajaan, ataupun yang masih tidak mahu mengambil peduli dengan senario kegawatan negara pada masa itu.

Ayah Aidid yang selama ini belajar di luar negara, berasa terkejut dengan situasi ini. Dia tahu, ada sesuatu yang tidak kena.

Hasil pilihanraya umum ke 14, BN telah tewas mengejut. PKR, PAS dan DAP mula memegang pemerintahan negara. Buat pertama kalinya, UMNO, MCA dan MIC menjadi pembangkang. Buat pertama kalinya juga, negara mempunyai Perdana Menteri wanitanya yang pertama, Datuk Seri Nurul Izzah Anwar.

Markas PKR mula berpindah dari Selangor ke Putrajaya sebagai kerajaan yang baru. Sementara itu, Pusat Islam turut dibina di Kelantan, di mana segala musyawarah dijalankan oleh mufti. Pada masa itu, Pusat Islam menjadi komponen penting dalam kerajaan merangka sesuatu undang-undang di mana pihak mufti berkuasa untuk memindanya. Hukum hudud mula dilaksanakan, tapi tidak sepenuhnya.

Sebagai permulaan, kerajaan meluluskan undang-undang baru untuk pemakaian. Wanita Islam yang keluar rumah diwajibkan memakai tudung, dan pemain bolasepak diwajibkan memakai 'long tight' di dalam seluar pendek. Manakala yang bukan Islam pula wajib berpakaian sopan - baju tanpa lengan, seluar pendek dan skirt diharamkan sama sekali. Kegagalan menurut undang-undang ini akan menyebabkan mereka disaman pihak berkuasa.

Ramai yang menyambut baik pelaksanaan ini, dan tidak kurang juga yang membantah. Sejajar dengan arus pembangunan, pusat-pusat karaoke, bar dan kelab malam hanya dibuka untuk orang bukan Islam. Rancangan realiti pupus, begitu juga dengan filem-filem cinta dan lagu-lagu dari Barat disekat. Jika ada pun, ianya samada dari Indonesia atau Singapura. Internet dikekalkan, tapi sekatan terhadap sesetengah laman utama dibuat.

Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan persaraan beliau. Begitu juga dengan Lisa Surihani, pelakon legenda. Jika ada pun pelakon wanita yang masih mahu berlakon, mereka diwajibkan memakai tudung. Tidak kiralah sejahat mana pun wataknya, mesti bertudung. Ini antara kelonggaran yang diberi oleh Kementerian Penerangan.

Malaysia kembali aman, walaupun ada kedengaran suara bantahan segelintir rakyat.


Namun,







[celaka, panjang jugak cerita gua ni. tak sempat nak rehatkan mata, kan?]











Menjelang 2020, pakatan Negara-negara Keamanan melakukan kebangkitan setelah Amerika nekad mengebom Arab Saudi. Pada 7 Disember 2019, Tentera Keamanan menyerang Washington dan Tel Aviv. Amerika dan Israel lumpuh. Manakala Britain dan negara-negara barat yang lain turut menyerah. UN mengancam keras serangan ini, tapi masih tidak berbuat apa-apa kerana jumlah keahlian Negara-negara Keamanan yang majoriti. Ekonomi global jatuh mendadak, kesan serentak kejatuhan negara-negara Arab dan Amerika.

Kesannya turut dirasai di Malaysia. Sekali lagi negara ini bergejolak. Negara mengalami susutan ekonomi. Projek-projek yang didana pelabur asing terbantut. Harga minyak dan barangan asas semakin meningkat, manakala sumber makanan semakin berkurangan.

Kerajaan baru dipersalahkan kerana gagal memperkukuh ekonomi negara dan mengurangkan beban rakyat yang semakin tersepit dengan krisis kewangan. Manakala rakyat yang selama ini memendam rasa dengan pelbagai peraturan sosial dan dasar ekonomi baru turut bangkit menyuarakan bantahan.

Putrajaya diserang lagi. Shah Alam turut diserang, begitu juga dengan Pulau Pinang. Tunjuk perasaan berleluasa di tiga kawasan ini. Pembakaran di sana sini, tunjuk perasaan hampir setiap hari. Malah turut ada yang terkorban.

Menurut ayah Aidid, rakyat Malaysia yang mula rasa tergugat dan menyampah dengan senario ini mula berhijrah ke negara jiran. Tambahan pula, populasi rakyat negara pada ketika itu meningkat, sehingga mencecah 35 juta orang. Rakyat sesak dan berkecamuk.

Pada masa itu Indonesia mula menjadi negara pesat yang membangun. Sudah banyak metropolis samada di Sumatera Barat, kepulauan Jawa, Kalimantan, mahupun Sulawesi. Cuma Papua sahaja yang sedikit ketinggalan. Rakyatnya juga semakin bertambah, dan masyarakatnya juga lebih berdaya maju dan bermoral tinggi.

Thailand, walaupun masih bergejolak dengan krisis politik dalaman, juga semakin maju berbanding Malaysia. Begitu juga dengan Singapura yang semakin padat dengan pembangunan dan Brunei yang kekal aman harmoni.

Rakyat Malaysia berbangsa Melayu kebanyakannya berhijrah ke Indonesia dan Thailand. Manakala yang berbangsa China pula lebih gemar untuk ke Singapura dan Hong Kong. Kebanyakan mereka adalah dari golongan cerdik pandai dan kenamaan yang tidak mahu kedudukan mereka tergugat dengan senario dalaman negara.

Bagi yang kurang kemampuan, mereka terpaksa berhijrah ke bumi Borneo. Pada mulanya ramai yang ingin memulakan kehidupan di Brunei, tapi Sultan Brunei tidak memberi perkenan dan satu rang undang-undang dibuat untuk mengelakkan lambakan rakyat Malaysia di negara itu. Hasilnya, beberapa penempatan baru dibuka di sekitar Sabah dan Sarawak. Melayu di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Sibu, Miri, Bintulu dan Kuching sudah mula bercakap loghat 'utagha', Klate, Ganu, Peghok dan Nogori Smilan.

Keluarga ayah Aidid juga turut berhijrah.

Nurul Izzah yang semakin tertekan dengan pemberontakan dari rakyat ini, sekali lagi pilihanraya diadakan pada 13 Mei 2021. Kali ini, Tun Ali Rustam mengundur diri, dan Barisan Nasional diketuai Tun Hisyamuddin dan timbalannya Datuk Seri Khairy Jamaluddin. Hasil pilihanraya ini, Pakatan Rakyat telah tewas dan kerajaan sekali lagi diambil alih oleh Barisan Nasional.

Dan pada hari pertama sebagai Perdana Menteri, Tun Hisyamuddin telah mengumumkan penggunaan istilah Malaysia Jaya di semenanjung sebagai pusat politik, ekonomi dan industri, dan Malaysia Raya di Borneo sebagai kawasan penempatan utama di Malaysia.

Putrajaya ditinggalkan menjadi kawasan pelancong, manakala tampuk pemerintahan berpindah ke Johor Bharu.


*Beep! Beep!*


Xarra membunyikan hon fliesnya. Aidid cuma tersenyum melihat lambaian gadis comel itu sambil menekan papan kekunci di muka pintu. Selesai mengunci pintu rumah, Aidid kemudiannya melangkah laju ke dalam flies Xarra.


[bersambung lagi. kot.]

Saturday, December 10, 2011

Malaysia 2061

Gua tengah tak tahu nak tulis apa.



Aidid yang sedang leka membaca akhbar di atas skrin meja ruang tamu tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia bingkas bangun dan mencapai beg pakaiannya yang sudah tersedia rapi dengan pakaian untuk dipakai selama dua hari di kampung nanti. Dia mendapat cuti selama dua minggu, tapi hanya dua hari dia mahu luangkan masa untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga besarnya di kampung. Jadi pada jam dua petang ini dia harus berada di Kuching.

Setelah tidak disentuh selama beberapa minit, skrin meja yang menyiarkan akhbar tadi tertutup dengan sendiri.

Dia mencapai jam pintar di atas meja. Usai mengenakan jam di tangannya, jarinya pantas menggelincir di atas skrin, mencari nama Xarra. Kemudiannya dia tekan butang 'Call'. Selang beberapa saat, panggilan berjawab.


"You dah kat mana ni?"


Soal Aidid sambil mengemas sedikit ruang tamu rumahnya. Mujur juga jam pintar jenama XinHuang ini mempunyai kualiti speaker dan mikrofon yang baik. Jadi dia boleh membuat panggilan sambil membuat kerja. Tidak seperti jenama Yobo, juga buatan China yang memerlukan dia meletakkan jam di hadapan mulut setiap kali mahu membuat panggilan.

Nokia? Sony? Samsung? Apple? Semua syarikat-syarikat besar itu telah jatuh dengan teruk kesan krisis politik dunia pada 9 tahun yang lalu. Amerika tumbang, bersama-sama dengan Israel dan negara-negara Arab yang mereka musnahkan akibat kebangkitan Negara-negara Keamanan, satu pergerakan anti-UN yang ditubuhkan secara rahsia oleh China dan Rusia dan kebanyakannya disertai oleh negara-negara yang selama ini berkecuali.

Kini, China menjadi kuasa terbesar dunia. Baik dari segi teknologi, politik, mahupun jaringan sosial. Baru-baru ini kerajaan baru sahaja meluluskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Mandarin.


"Dah nak sampai lah, sugar. You tunggu je depan rumah. I'll be there in few minutes."


Kedengaran suara terkocoh-kocoh Xarra yang baru mendapat lesen memandu flies. Xarra anak orang kenamaan. Baru-baru ini sempena hari lahirnya, dia baru sahaja dihadiahkan firefly atau diringkaskan 'flies' jenis Photuris Lucy VI, keluaran terbaru syarikat gergasi Korea. Ciri-ciri rekaan terbaru ini lebih selamat untuk seorang gadis yang baru tahu memandu kenderaan udara seperti Xarra. Mujur juga tidak ramai yang mampu memiliki kenderaan ini di Malaysia Jaya, jadi ia sedikit melegakan Xarra.

Ya, Malaysia Jaya.

Satu nama yang diberi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Seri Hishamuddin Tun Hussein pada suatu ketika dahulu. Sambil mengekalkan nama Malaysia, negara ini telah dipecah menjadi dua nama; Malaysia Jaya dan Malaysia Raya. Tiada lagi istilah semenanjung dan Borneo. Semuanya bermula sejak krisis 13 Mei 2021.


[bersambung...]

Monday, December 5, 2011

Mutiara kata untuk hari ini.

Jealousy turning Saints into the sea.


"If you have all the time in the world to envy on other people's possessions, then why not you use that time to seek for what has God prepared for you instead. It's just a matter of time."












Jangan risau, setiap kita ada bahagian masing-masing.

Buat apa kita nak cemburu, dengki, dan iri hati dengan apa yang orang lain ada. Itu milik dia, kalau itu menjadi satu kebahagiaan dia, kita sama-sama raikan dan doakan dia kekal bahagia.

Tapi kalau kita merasakan kebahagiaan itu sepatutnya milik kita dan dia tidak berhak mendapat kebahagiaan itu, berhenti canangkan apa lebihnya kita. Tapi cuba soalkan diri, apa kurangnya kita.

Ibarat kita cemburu kekayaan Bill Gates yang pernah dibuang dari Harvard, tapi kita di universiti yang penat berjaga malam cuma duduk merungut ketidak adilan ini. Adakah akhirnya kebahagiaan yang kita dapat? Dan adakah itu menjejaskan Bill Gates walau sedikit?

Tidak.