Tuesday, February 24, 2009

Kesengalan dalam kebijaksanaan


Ni gambar gua masa scene indie dulu. Cam kutu je, kan? Lantak lu orang la nak kata ape...


Benda ni gua jumpa kat dalam discussion group kat frenster. Ada member group yang berhati mulia cari benda-benda macam ni. Gua kalo dapat benda-benda informatik ni, tak dapat hakcipta pun gua sanggup repost untuk lu orang. Sila baca.

bagus merokok ni....

- Perokok pasif lebih berisiko tinggi daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi risiko tersebut, jadilah perokok aktif.
- Merokok dapat menghindarkan dari perbuatan jahat kerana tidak pernah dilihat orang yang membunuh, mencuri dan berkelahi sambil merokok.
- Malah perokok dapat berbuat amal kebaikan kalau ada orang yang ingin meminjam pemetik api pasti tidak mengecewakan orang yang ingin meminjam.
- Boleh dijadikan modal berbual ketika berbual dengan orang yang baru kita kenali. Kita boleh menawarkan rokok sambil berkenalan. Kalau menawarkan wang lebih sia-sia.
- Memberikan peluang pekerjaan bagi operator pengeluaran kilang rokok, doktor, pengusaha tembakau, pembuat ashtray dan perusahaan ubat batuk.
- Merokok dapat melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kalah kerana bagi yang baru belajar merokok itu sesungguhnya tidak mudah, batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan juga (sudah lulus).
- Anti pencuri, suara perokok yang sedang tidur dan batuk kuat di malam hari dapat mengusir pencuri kasut.
- Menjadi props untuk filem ganas yang melibatkan gangster ataupun askar jahat yang menenyehkan puntung rokok ke lengan hero yang terikat di kerusi... "Hahaha! Sudah menyesal sekarang..??!!!"
- Filem cowboy pasti lebih bergaya kalau menghisap rokok sambil menunggang kuda.....

Sebenarnya ada lagi 1, tapi sengaja gua cut letak kat bawah ni. Sebab gua tak tau niat sebenar penulis benda ni. Sila baca:

Diwaktu pagi kita akan dikejutkan
suara ayam merokok.

Hahaha.

MonoLamka : Gua copy dan paste je ni, pastu edit sikit. so lu orang jangan anggap gua yang reka dan publish benda ni, terutamanya part 'ayam' tu...
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: