Thursday, April 2, 2009

Zaman sekolah dulu gua tak ada pun kena buli.

Buli? Atau dibuli? Dipukul atau memukul? Kantoi rokok? Kantoi fly? Kebanyakkan blog lelaki-lelaki yang lain (haha banyak ke blog gua ikut?) ada ceritakan pengalaman nakal mereka di sekolah dulu. Ah kat blog gua ni tak ada benda macam tu, tak seperti blog lelaki-lelaki perkasa yang lain. Peduli hape gua.

Dah memang ditakdirkan gua kat sekolah dulu tak ada pengalaman menarik selain dari pertandingan nasyid peringkat daerah. Tu pun kalah sebab ustaz yang handle kumpulan nasyid kami tu berpaling tadah. Belot. Tiba-tiba masa hari pertandingan dia ubah segala step dari awal sampai habis, lepas tu dia lepak dengan kumpulan nasyid dari sekolah lain. Sekolah tu dapat nombor 1, kami pula dapat saguhati. Balik pula jalan kaki. Kan ke menyakitkan hati semua itu? Lu orang baca pun sakit hati, cuba lu orang bayangkan nasib keyboard gua masa gua taip entri ini.

Tu la sebab gua malas nak cerita pengalaman gua kat sekolah dulu. Sayu je hati kalau teringat balik. Tapi tak apa. Hati gua kental.

Sebenarnya tujuan gua post entri kali ni untuk tunjuk gambar ni.

Lu orang pun ada baju macam ni kan? Tak baju kelas, mesti baju dorm. Yang pasti ada banyak-banyak nama kat belakang. Pastu ada ayat bahasa Inggeris sikit. Baru nampak cool. Masa tu dapat tulis ayat kat baju dalam bahasa Inggeris dah boleh dikatakan membanggakan. Betul kan?

Ni adalah baju untuk klik kami. Bukan baju kelas, bukan baju dorm. Baju ni dibuat khas untuk mereka dalam klik kami sahaja. Kebanyakkannya adalah budak-budak JB. Gua sorang je rasanya dari Selangor. Nama pun guna nama hostel, bukan nama rasmi. Gua tak tau macam mana gua boleh terjebak dalam hal ehwal buat baju ni. Mungkin masa tu gua rasa gua cool kot.

Tapi satu je yang gua tak faham sampai hari ni. Macam ada yang tak kena. Lu nampak tak? Kalau tak nampak, maknanya lu lah orang yang tulis ayat bahasa Inggeris tu.

Mesti sampai hari ni, lu rasa ayat bahasa Inggeris yang lu tulis itu cool kan, bangang?

MonoLamka: Agak-agak yang mana nama gua?

Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Aku said...

Emm...cam keji jer ek lelaki pon nk cipta2 bju nih...Tapi bgusla ko nih..simpan lg bju tuh elok2...aku pnye dulu ntah dh mane ntah...silap2 dh jd kain burok...huhu

Encik Akmal said...

Yes, masih simpan dan masih dipakai haha..

ye kan.... bila difikir-fikir balik, macam terkutuk pulak bila budak lelaki pun sibuk nak buat baju camni. dah lah semua (oh tak semua,kebanyakan)budak ganaz2 stok makan meja punya orang.

tapi fo sho lah, ayat Inggeris tu yang menambah kehinaan baju tu...

Aku said...

iye...mmg sgt hina...
muahahaha(gelak smbil guling2)

Encik Akmal said...

haiz...ingat lagi, masa dulu bila pergi perhimpunan asrama, bangga jalan ramai2 pakai baju tu....wakaka....