Wednesday, July 8, 2009

Datang kuliah pertama pada jam 8 pagi dengan hanya pen yang kehabisan dakwat dan beberapa helai kertas A4 kosong merupakan speciality gua.

"Optoelectronics- Basically, as it name is a study where light are used widely in electronics engineering in bringing a much faster telecommunication signals.

In this semester, you'll learn about the signals; concept of laser light, LEDs, light-producing semiconductor materials, thermal effect towards the signals, and so on so forth within a half of the semester.

Of course, where there's a signal, there's a detector. This means, when you've studied about the light signals, you'll have to go through for the detector as well. After the break, you'll learn about the receiver; which may detect the signals. As in the course plan, you can see..."

-qouted from Prof Madya Dr. A

Amacam, hebatkan ingatan gua? Boleh ingat tu... Gua rasa gua boleh dapat A untuk subjek ni. Serius. Tapi bukan isu subjek Optoelectronics ni yang gua nak bentangkan hari ni. Bengkak la mata lu nak baca nanti.



Apa yang buat gua tertarik untuk menulis ayat-ayat Dr. A dalam kelas tadi ialah apabila dia memberitahu konsep signal, "Apabila ada signal, tentu akan ada penerima."

Ayat ini membuatkan gua berfikir sebentar tentang nasib blog gua ini. Jika gua adalah penyalur yang menulis setiap entri dalam blog ini, siapakah pula penerimanya? Ada tak orang yang mahu membaca?

Ataupun sekadar melihat dengan sepintas lalu dan terus memberi komen? Itu pun komen tak banyak.

Jadi bila dah nasib blog seperti hidup segan, mati tak mahu, tentu gua pun dah tak ada semangat nak menulis lagi, kan? Ye la, kalau gua tulis pun, siapa nak baca? Buang tenaga elektrik kolej je.

Tapi hati gua kental. Dengan niat untuk menyedapkan hati sendiri, gua nekad untuk teruskan ber-blogging. Gua percaya, blogger.com adalah satu pasak yang sangat kukuh dan takkan ditenggelami oleh laman-laman yang sejenis dengannya.

Pada masa akan datang, penggunaan blogspot akan jadi satu elemen utama dalam penyampaian cerita terkini, pendapat, pembongkaran, spekulasi, pengalaman, provokasi malah mungkin yang mencetuskan kontroversi. Dan ini akan berpanjangan untuk beberapa tahun lagi, sekurang-kurangnya bila kita semua sudah tak ada kat dunia ni.

Jadi, gua merasakan jika gua menulis sekarang, anak-anak atau bakal keluarga besar di bawah gua nanti (insyaAllah) akan tau apa pendapat, pengalaman, kedudukan gua dalam isu-isu tertentu dan macam-macam lagi tentang seorang Mohd Akmal Bin Mahfar.

Tapi ni semua perancangan je. Jika ditakdirkan bahawa ini adalah entri terakhir gua, sekurang-kurangnya lu dah tau, untuk apa gua ber-blogging.

MonoLamka: Oh ya, Dr. A adalah seorang yang palat. Dia pernah bagitau bahawa dalam final exam akan ada soalan dari Chapter 1-6, dan kita akan dapati bahawa kertas soalan itu hanya ada soalan dari Chapter 7-9. Nasib baik gua lulus. Tapi ramai yang kandas. Memang menyumpah la.
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Undernet said...
This comment has been removed by the author.
StingRay said...

"Apabila ada signal, tentu akan ada penerima."



medium pun kena ada bai...haha

Encik Akmal said...

ye kan, medium pon penting gak oh...


cilakak Dr A, tipu gua!!!!

Aku said...

"Jadi, gua merasakan jika gua menulis sekarang, anak-anak atau bakal keluarga besar di bawah gua nanti....."

Wow!!!