Friday, July 10, 2009

Kalau kawan lu buat lawak seram, ada lu ketawa?

Masa tengah lepak-lepak dengan member, mesti ada yang mintak handphone gua. Nak tengok lagu lah, nak tengok video dan gambar lah. Tapi maaf ye, dalam handphone gua tak ada video dan gambar terlampau. Yang ada cuma koleksi video dan gambar gua dengan kesayangan gua, Akid Madhihah. Lagu-lagu pun yang menjadi feveret gua sahaja. Gua tau, diorang ni bukan layan sangat lagu-lagu feveret gua. Tu yang buat gua pelik. Tiap kali lepak, diorang mintak handphone. Padahal kandungannya sama sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari, gua dapat tau aktiviti diorang, iaitu membuka mesej-mesej dalam inbox handphone gua. Agaknya dah terlalu bosan dengan kandungan yang sama, jadi diorang baca mesej gua. Gua pulak bukan jenis yang asal baca mesej, reply, lepas tu terus delete. Gua hargai setiap sen yang kawan-kawan gua gunakan untuk menghantar mesej.

Adik gua yang bagitau hal ni. Katanya, diorang ketawa-ketawa sambil pegang handphone gua masa gua tengah sibuk. Gua check balik inbox gua. Ah lantaklah, bukan ada mesej "Sayang-sayang" pun dalam tu.

Tapi gua tetap tak puas hati. Oh lu ketawa ye, baca mesej-mesej gua. Ni gua nak jadikan lu bahan ketawa pulak.

"Wei, mana Alip? Dari tadi aku datang, tak nampak dia."

Tanya Pian.

"Dia, biasalah. Dengan touching dia. Semalam kan kita keluar gi uptown, tapi bapak dia tak kasi keluar sebab konfem balik lewat malam punya. Terus nak touching dengan kita pulak."

Balas Faiz.

Kami terus berbual tentang masalah si Alip dengan ayahnya. Macam-macam hal si ayah. Dah tentu dia anak sulung, bagi la peluang nak rasa dunia remaja dia puas-puas, selagi kami tak buat kes jenayah. Ini lagi nak kurung kat rumah. Anak nak ambik lesen motor, dia tak bagi. Bila anak kena tahan polis, dia melenting.

Yang si anak pun satu hal. Duduk tercongok je kat rumah tak nak cari kerja. Bila tanya, alasan dia tak ada kenderaan, tak ada lesen. Kalau kau dah kerja, duit masyuk, tentu motor pun kau dapat beli, lesen dapat ambik, lepak dengan kawan-kawan pun tak jadi hal. Ini tahan la duduk rumah layan Hikayat Putera Shazlan. Tak bujang langsung.

Sedang kami berbual lepak-lepak, tiba-tiba datang si Alip dengan membawa sebilah pisau. Kami diam. Tiada lagi hilai tawa. Syukri cuba untuk memulakan perbualan dengan Alip.

"Pergi mana Lip, siap bawak pisau?"

"Ambik daun serai. Aku bukan macam korang, boleh lepak-lepak sini"

"Oh, nak aku tolong tak?"

Syukri cuba bergurau.

"Tak payah lah"

Respon Alip ringkas sambil menuju ke tepi blok apartment. Memang kat tepi tu ada yang baik hati tanam pokok serai untuk kegunaan bersama.

Kami terusan mendiam. Tiba-tiba Alip kembali. Tangan kanannya masih memegang pisau, manakala tangan kirinya memegang beberapa helai daun panjang. Ada suara seorang dua saling membisik. Gua diam sahaja, sambil perhatikan daun di tangan Alip. Alip semakin menghampiri kami. Imej daun semakin jelas. Memang sah!! Getus gua dalam hati.

Tiba-tiba, Syukri ketawa. Gua dah kucar-kacir. Memang cari nahas budak ni! Member tu dah lah tengah panas, segan pulak tu bila kantoi dengan kawan-kawan tolong mak ambik daun serai. Gua cuba untuk tahan Syukri dari berkata-kata, tapi dah terlambat. Syukri dah bukak mulut.



"Woi Lip! Ni bukan daun serai la sengal... INI LALANG!!!"



Member-member yang lain dah tak dapat tahan ketawa. Ada yang bangun dan tengok daun yang berada dalam genggaman Alip dengan lebih jelas sambil mengesahkan bahawa itu adalah lalang. Masing-masing bersepah ketawakan Alip. Alip terdiam sambil merenung tajam ke arah Syukri.


Oh ya. Masa tu, tangan kanan Alip masih menggenggam sebilah pisau..
Comments
12 Comments

12 orang tak puas hati:

kuikui said...

hihihi..
agak2 klu guna lalang tu ja msk..pa rs ek??

Encik Akmal said...

ada 2:
- kita akan rasa malu.
- mak kita akan rasa marah.

eh adakah maksud anda rasa masakan? tak tau. tak pernah dibuat kebodohan begini.

puteraohtrabulan said...

Giler la kawan lu..nasib baik tak kena tikam

Encik Akmal said...

haha masa ni kewarasan minda dan kawalan emosi masih berada pada tahap selamat... jadi takpe.

ieda ^^ said...

rofl!!! klaka la lawak ni..
aduyai...nk amik daun serai g amik lalang lak..
haha...klaka, klaka...

Encik Akmal said...

haha moral of the story: kalau mak suruh ambil daun serai, jangan nak malas2!!

mamsder said...

haha....mcm psycho je alip tu....baik ko hati2 en akmal...

Encik Akmal said...

psycho?tak baik cakap kawan saya macam tu tau...
dia cuma seorang kawan yang kuat touching dan suka baca sms saya je...hahahaaa...

penjenayah merah jambu. said...

hahaha,malu gila jadi alip..
rasa nak cucuk perut sendiri gune pisau..
adeh..alip..alip..

Encik Akmal said...

haha malu cucuk perut sendiri takpe. kalau dia malu lepas tu dia pergi cucuk perut semua orang yang gelakkan dia tu..??

miss nina said...

hehehe..
n3 awk klakar :)

Encik Akmal said...

hehehe... kalau kelakar kena ketawa...