Friday, July 10, 2009
Lu ingat anak Maikel Jeksen je kena pakai topeng? Gua pun pakai topeng la masa kat airport hari tu.
Pada suatu hari yang aman, sedang gua bukak laman web Chelsea FC untuk meng'ushar' jersi terbaru pasukan, tiba-tiba...
***Bunyi telefon,Lagu Eminem***
"Hello, ini Mohd Akmal ke?"
"Ya, saya."
"Saya Wilbert, dari Jabatan Kesihatan Kuching. Kamu penumpang pesawat AK5210 KL ke Kuching ke aritu?"
"Ya. Kenapa ye?"
"Saya nak tanya, kamu sihat tak? Ada tanda-tanda demam, batuk-batuk atau sakit tekak tak?"
"Err...langsung tidak. Kenapa ye?"
"Sebenarnya, salah seorang penumpang penerbangan tu telah dijangkiti selsema babi. Jadi, kalau kamu rasa tak sihat, sakit tekak atau batuk-batuk, sila pergi dapatkan rawatan segera ye."
"Baiklah."
Celaka. Siapa la nak gurau kasar dengan gua ni? Agak-agak la sikit. Tak tahu ke benda ni isu hangat sekarang? Lagi nak buat main-main.
Gua sambung online, tengok jersi terbaru Chelsea.
Tiba-tiba lagu Eminem berkumandang lagi. Mak gua telefon.
"Hello Mai. Sihat tak?"
"Hah? Oh sihat je.Nape?" Kenapa semua orang tanya tentang kesihatan gua arini?
"Tadi Pegawai Kesihatan Kuching telefon rumah. Dia tanya pasal Mai. Abah bagi la nombor telefon Mai kat dia. Katanya, ada seorang penumpang dah kena H1N1."
Demmit. Bukan gurau rupenya. Nasib baik masa flight hari tu gua pakai mask. Tapi akak pramugari tak pakai mask. Nak tunjuk kecantikan la tu!!!
MonoLamka: Tapi gua risau jugak kat akak pramugari. Agak-agak akak pramugari sihat tak?
5 Comments
5 orang tak puas hati:
- IDA MANSOR / IENA MANSOR said...
-
haha risau kat akak pramugari lak ek?
hihi klaka la kamu ni! - July 10, 2009 at 10:02 PM
- ijan said...
-
dia baru lepas call aku tadi. dia kata dia sihat...
dah2... ko tak payah risau lagi. tumpukan kat pelajaran je... - July 10, 2009 at 10:09 PM
- Encik Akmal said...
-
ida: misti la risau..kalo akak pramugari takde, dah tak best la naek kapal terbang. (hoho...pervert sungguh bunyinya...)
sultan: akak pramugari call ko ke?huh.. dia kata tadi dia tak ada kredit... - July 11, 2009 at 3:18 PM
- mamsder said...
-
aik? bio betoi ko ni sultan...cis,aku dah kena tipu la ni....akak tu ym dgn aku kata xdak kedit......nak kena ni.... =P
- July 11, 2009 at 4:44 PM
- Encik Akmal said...
-
haha ym pun akak tu ada ke mamsder?? dia kata ngan aku dia tak suka ym????cis... akak peramugari!!!!
- July 11, 2009 at 4:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)