Saturday, July 11, 2009

Two men in tight outfit grabbing each other in a ring? Uhh, that's not my thing.

Kalau lu follow cerita sebelum ni, gua ada ceritakan pasal panggilan orang jabatan kesihatan, bertanyakan tentang kesihatan gua. Tak lama lepas orang tersebut telefon, Leo datang ke bilik gua. Lalu gua ceritakan segalanya pada Leo.

Gua: Hah, ko tau tak siapa telefon aku tadi?

Leo: Siapa? Rumet baru kah?

Gua: Bukan. Orang dari jabatan kesihatan Kuching. Katanya ada penumpang dalam flight aku hari tu kena jangkitan H1N1.

Leo: Jangan datang bilik aku lagi!!! Patut lah aku selsema!!! (Terus berlari ke bilik sebelah lalu mengunci pintu dari dalam)

Gua: . . . . . . . . . .



Cilakak!!!

Ni yang gua tak puas hati ni!! Ah tak kira, gua nak kasi 1 cerita pasal lu!!!


Pada suatu malam, kawan gua Helldy mengajak gua untuk main futsal. Kerana risaukan Leo tak ada kawan dan berseorangan di bilik, gua pun mengajak dia sekali. Tapi Leo bukan jenis yang mudah diajak untuk main futsal. Padahal dia adalah seorang yang handal.

Kali terakhir dia main futsal, orang di luar gelanggang ingat dia sedang mabuk. Handal, kan?


Berikut adalah perbualan gua dan Leo tentang minat sukan.

Leo: Aku tak minat la futsal ni. Tapi aku dah lama teringin nak main takraw.

Gua: Kalau macam tu, ko pergilah join budak-budak yang main takraw kat depan kolej kita tu.

Leo: Tak mau aku. Sebab kalau diorang main, mesti diorang buat 'macam tu'.

Gua: Ye tak ye jugak. Setiap kali sebelum servis, mesti diorang buat 'macam tu'. Tak kira lah bola masuk ke, bola keluar ke, main cantik ke, main buruk ke, mesti diorang buat 'macam tu' kat teammates diorang. Kenapa ye?

Leo: Entahla. Tapi bagi aku, perbuatan 'macam tu' macam sangat GAY.

Gua: . . . . . . . . . .



Mesti tak faham,kan? Biar gua terangkan.

'MACAM TU' adalah perbuatan di mana pemain sepak takraw akan menyentuh tangan rakan sepasukannya setiap kali selepas pasukan mendapat mata atau setiap kali sebelum pihak lawan melakukan servis. Gambaran grafik adalah seperti berikut:




Okaylah dalam gambar ini memang mereka tak bersentuh tangan, tapi cuba lihat budak yang kanan tu. Dia cuba buat 'macam tu'. Nampak tak maksud gua? Maaflah, gua tak ada gambar yang lebih baik. Gua Google tadi, semua gambar pemain tengah angkat kaki ke muka pemain lawan. Tak ada sportmanship langsung.

Gay ke macam tu? Bagi gua, itu belum cukup gay. Itu lebih kepada TEAMWORK.



Tapi ada satu sukan ni. Nama macam ganas. Malangnya bagi gua, sukan ini sangat songsang. Dah bersedia?










*Oh sila kecikkan sikit mata anda,wahai perempuan*
















Hahahahahaaaaaa!!!!!! Ini namanya gusti ye adik-adik.

(Gambar terpaksa gua kecikkan sikit. Tak elok untuk budak-budak kecik tengok. Nanti gua kena banned.)

MonoLamka: Oh maafkan saya atas kelucahan ini. Lepas ni janji tak buat lagi.

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

eh...eh...aku terzoomlah pic terkecil tu..
muahahaha..
takraw beslah..aku tengok je pun bleh jadi seriau,tp tak de pulak ,rase macam gay,rase mcm caring,loving blablabla je..
hahaha,tp aku tak leh bla bila player suke pukul punggung,wow,bg semangt mcm tu eah?SCARY.

Encik Akmal said...

ahah...aku rasa mungkin Leo belum tgk yg pegang punggung tu lg. kalo dia tau, maybe dia LANGSUNG x minat takraw haha...
btw PMJ, pehal off komen?