Thursday, August 13, 2009

Dah agak dah, mesti ini akan berlaku.

A: "Woi ada pertandingan futsal ni. Kita join nak?"

B: "Ok jugak. Biar aku cari orang untuk team kita."

C: "Err.. Korang main la. Aku duduk luar bagi sokongan aje lah."

Semua mata memandang ke arah C. Nak tahu apa kesilapan C?


Dia takut. Takut untuk masuk pertandingan yang besar. Hanya kerana merasakan diri kurang pengalaman dan kurang menyerlah. Walhal, dia bukannya orang lain. Dia selalu bermain futsal dengan kami. Keserasian memang dah ada. Minat dah ada. Dia seronok, selesa semasa bermain bersama kami.

Baginya, rasa merendah diri yang ada padanya adalah untuk kebaikan semua orang. Dia tak ingin dirinya dipinggirkan sepanjang pertandingan berlangsung. Dia tak mahu menjadi sekadar "Pelengkap pasukan". Dia sedar yang dia tak berapa hebat untuk masuk pertandingan, dan tidak ingin menyusahkan orang lain. Dia taknak kerana melakukan satu kesilapan, pasukan akan kalah dan dia akan dipersalahkan.

Baginya lagi, dia belum cukup matang dalam gelanggang. Lebih bagus untuk dia buat persiapan awal, tambah kemahiran, tambah skil, rasakan keserasian dengan rakan sepasukan. Sekarang bukan masa untuk masuk pertandingan dan kalah. Kena tunggu dia bersedia.

Dan dia salah. Sangat salah bagi gua.

Ingat, seperti mana kita membayangkan yang kita akan diangkat menjadi juara, kita juga perlu bersedia untuk terima kekalahan sebelum masuk dalam permainan. Memanglah, pertandingan bukan benda main-main. Bukan sekadar masuk dan cuba. Semua orang ingin menang. Tapi kalau semua pasukan ditakdirkan untuk menang, habis siapa yang kalah? Ingat, orang yang selalu fikirkan kekalahan sahaja yang akan tersingkir awal, mungkin pada pusingan pertama.

Gua sangat kecewa. Bukan kecewa kerana gua tak dapat dia, tapi sebab dia awal-awal lagi dah mengaku kalah. Belum cuba, dah merasa kekalahan. Belum cuba, dah fikirkan segala yang negatif. Dia tak fikirkan langsung akan manisnya kemenangan. Dia tak fikirkan langsung betapa manisnya perjalanan kami sebagai sepasukan sepanjang permainan.

Serta merta, itu melihatkan betapa dia tak yakin dengan kami. Dia rasa bila kami masuk bermain bersama, kami takkan mencapai kemenangan. Tak mampu bimbing dia mengecapi kejuaraan.

Kecewa, bukan? Rasa dikhianati.

Oh tak, gua tak cerita pasal pertandingan futsal sebenarnya. Ada cerita yang sedikit peribadi, dan gua cuma boleh kongsi situasi sahaja.


MonoLamka: Aku rasa sangat down sekarang ni. Setelah diangkat, dijulang setinggi langit, saat aku berasa terawang-awangan dibuai layanan indah, tiba-tiba dia hempas aku ke tanah. Ditanam sedalam-dalamnya. Walaupun dah terbiasa, tapi masih lagi ada perasaan itu. Sakit. Pedih.
Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

aku sedang rasa apa yang kau rasa sekarang.
down gila sampai semua serba tak kena.
campur lagi dengan serabut,gila rasanya.hesh.


btw,C tu bukan tak percaya pada team.Cuma kadang-kadang kita tahu kemampuan diri kita,dan sikap mahu menjaga harga diri terlalu tinggi.Yela,dah tahu tak hebat,kalau join pun sure jadi pemanas bangku simpanan,then kalau menang,hati akan jadi ralat sebab sekadar pelengkap je,kalau kalah,frust sebab tak mampu nak buat apa-apa.So,better C decide macam tu.Tak apa,orang macam ni kita sebagai kawan kena rajin 'puji' dia bila dia main.Serius,lama-lama dia sendiri jadi confident.(Bercakap berdasarkan pengalaman coaching budak-budak yang basic zero+tak ada confidence) :)

Encik Akmal said...

haha kita dah boleh tubuhkan geng la kalo camni. GENG DOWNED...haha...

Ok kalo ini bukan cerita pasal futsal. Ko nak suro aku untuk encourage dia? cuba yakinkan dia untuk play the game? Aku ada dapat suggestion ni dari kawan aku gak. Dia kata aku kena teruskan push dia. Tapi bukan dengan memaksa. kalo dia setuju secara paksa, tak jadi jugak. Maksud dia (and perhaps maksud ko), aku kena ikut rentak dia dan cuba untuk beri dia galakan sambil maintain mencuba. Tapi aku dapat rasakan benda ni tak jalan.

Sebab aku rasa, dia refuse bukan kerana dia. Maknanya, bukan dia yang tak ready, tu cuma alasan. Sebenarnya, dia tolak sebab dia rasakan aku bukan orangnya. Dapat?

Huh, frust lagi...

Btw, thanks for ur concern. Aku senang dengan ko. Masuk.