Pada satu pagi, kau berada dalam satu rumah.
Dindingnya kayu, atapnya zink.
Manakala lantainya pula... entahkan simen, entahkan kayu, entahkan apa!
Kerana seluruh lantai rumah itu penuh dengan jerami.
Tugasmu hanya satu.
Mencari sebatang jarum.
Sebatang Jarum Emas.
Antara longgokan jerami.
Dan pastinya, bukan mudah untuk kau mencari jarum itu.
Kau lihat, kau selongkar, kau belek, tak jumpa, kau geram.
Kau genggam.
Tapi jerami tak boleh dibuang ke luar rumah.
Takut terbuang si jarum.
Yang selama ini dicari.
Tak boleh dibakar.
Takut seluruh rumah terbakar.
Termasuk dirimu sendiri.
Sehingga satu ketika,
Saat kau mula menangis,
Saat kau mula membuang harapan,
Saat kau mula mengundur,
Kau lihat satu cahaya bersilau.
Antara longgokan jerami.
Dan kau saksama, inilah dia!
Inilah Jarum Emas yang aku cari!
Kau terus mengambilnya.
Tapi kerana kecuaianmu yang terburu-buru,
Jarum Emas mencucuk jarimu.
Berdarah.
Kau genggam jarum itu, takut terlepas.
Tapi genggamanmu terlalu erat.
Jarum Emas mencucuk telapak tanganmu.
Kau berdarah lagi.
Kau sakit. Kau marah.
"Habis masaku mencarimu, ini yang aku dapat?"
"Aku sakit, tahu?"
Persoalannya;
Adakah kau akan campak jarum itu kerana menyakitimu?
AKU, TIDAK.
Walau apa cara pun kau mahu menyakiti aku, aku masih kebal.
Sunday, September 13, 2009
5 Comments
5 orang tak puas hati:
- pm said...
-
mcm kisah dongeng zaman dulu2 aje,..
aku phm ape msj yg ko nk smpai kan..hehe
klu 'jarum' emas 2 jd awek aku boleh x?haha
sory klu salah tafsir..hikhik - September 13, 2009 at 6:07 PM
- Puan Anim said...
-
hahahaha... sastera hbs nk smpaikn msj pon
- September 13, 2009 at 6:20 PM
- Encik Akmal said...
-
Luqman: Haha ko nak ke? Dalam ramai2 awek Perlis, ko nak aku punya 'Jarum Emas'? Tak dapat la jack..haha...
nenek™: Haha BM dulu A1, tak caya tanya Luqman. - September 14, 2009 at 11:13 AM
- Pisey said...
-
ahakz.
cantek^^ - September 14, 2009 at 6:09 PM
- beeq said...
-
sarkastik betul story
- September 27, 2009 at 4:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)