Tuesday, September 15, 2009

Dan bila kau mula hilang fokus.

Gua ada post something tadi. Tapi tiba-tiba gua rasa taknak publish dulu. Macam tak patut pun ada. Rasa marah, terus menaip. Hasilnya, boleh menyakitkan orang yang membaca.

Baik gua cerita pasal test Control System Engineering semalam.

Baiklah, untuk cerita ni, gua terpaksa pinjam ayat Joseph dalam Fesbuk.
"CSE buat aku terasa bodoh."

Masa yang diberi adalah 1 jam 40 minit. Dan dengan bacaan Bismillah, gua tatap kertas soalan. Gua tatap betul-betul macam baca surat mintak putus dari kekasih. Lama gua tenung kertas soalan itu.

Gua capai pen. Oh tidak, mungkin pensel lebih bagus. Senang nak padam. Dengan ilmu melukis yang ada di dada, gua mula melukis seorang budak perempuan comel. Ah, seronok pula. Gua teruskan dengan melukis beruang. Lukis kucing. Lepas tu lukis lalat. Selak mukasurat sebelah, gua lukis gajah. Agak-agak dah bosan, gua rehat 'sekejap'.

Tiba-tiba, henpon gua bergegar. Ada 1 mesej. Dari nombor yang tidak dikenali.

"Hai. Mahu menyaksikan gambar-gambar dan Video panas dari Gina? Taipkan "ON GINA" dan hantar ke 6xxx0. Untuk 18 tahun ke atas sahaja. Sila sebarkan."

Gua yang tengah kusut, reply mesej itu.

"Gua tengah jawab test lah, Gina yang bongok!"

Tak lama selepas itu, lecturer gua, Ir. David mula tengok jam lalu berkata,

"Okay, you got 5 minutes left"

Gua padam balik semua lukisan tadi. Padam kasi bersih. Tapi sengaja gua tinggalkan belalai gajah tak terpadam.

Kertas jawapan gua kosong. Gua syak markah gua nanti pun sama.

Macam setan! Masing-masing nak buat gua marah.
Comments
5 Comments

5 orang tak puas hati:

Puan Anim said...

ha..kantoi..

Puan Anim said...

aishhh..aku post komen kt entri laen tdi

pm said...

haha...rilek bro..aku sem ni pun amek control systems...xpe kita senasib...aku cume x bg kertas aku kosong aje...hehehe

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

hahaha,patutnye ko tinggalkan je gambar2 tu,manelah tau lec ko akan terusik hati nak bagi kau markah yang lagi merah2,,haha

Encik Akmal said...

nenek: Aku tahu, ko dah terbaca entri 'itu' sebelum aku padam balik. So, diam2 sudey...

Luqman: cantik. Pasni leh study sama2. Start from zero.

PMJ: Kalau aku tinggalkan je gambar2 tu, aku rasa lepas ni aku kena banned dari kelas dia.