Friday, October 9, 2009

Jiran punya hal.

Mesej 1- Kepada negara jiran,

Kami di Malaysia sayangkan keamanan. Minta maaf jika ada kesilapan dari kami. Tak guna berperang, bertumpah darah kerana hal yang remeh. Kami senang dengan kamu. Dan sebolehnya, kami mahu menjadi jiran yang terbaik untuk kamu. Kami akan sentiasa belajar dari kesilapan.

Mesej 2- Kepada anak jiran,

Saya di sini sayangkan 'kamu yang dulu'. Minta maaf jika ada kesilapan dari saya. Tak guna bergaduh, hingga putus hubungan kerana hal yang remeh. Saya senang dengan kamu. Dan sebolehnya, saya mahu menjadi Akmal yang terbaik untuk kamu. Saya akan sentiasa belajar dari kesilapan.


Mesej ringkas: Tak baik bermusuh, tak baik bergaduh. Ada perselisihan, sentiasa beri peluang untuk berbincang. Semua orang tak sempurna, mesti ada cacat cela. Bak kata Penjenayah Merah Jambu, Sebab tulah Allah tak beri kita kesempurnaan, supaya kita dapat saling menyempurnai yang lain. Jadi, daripada bergaduh tak tentu hala, baik kita bersatu dan membawa kebaikan bersama. Okeh???

Peace. Love. Respect.
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: