Thursday, October 22, 2009

Mari belajar memandu bersama Cikgu Halim. (Bahagian 1)

"Siapa nama tadi? Akmal kan? Hari ni Akmal, kau buat jalan 1, lepas tu patah balik."

Gua betulkan tempat duduk. Kasi padu. Lepas pakai seatbelt, betulkan cermin pandang belakang, gua tolak gear satu. Jalan perlahan. Kat litar driving school ni gua tak boleh bawak laju-laju sangat. Nanti langgar akak kerani driving school yang comel tu. Tapi akak tu kan kerani, duduk kat pejabat, apa kejadah dia boleh ada kat litar pulak? Alah, kasi 'can' la gua nak berimaginasi sikit. Lu ni pun...


"Cikgu dah lama ke jadi pengajar kat akademi memandu ni?"

Soal gua, cuba memecah ke kesunyian. Abaikan rasionaliti soalan gua tu. Gua tengah nebes. Tangan menggigil pegang stereng. Dah la first time memandu, lepas tu cikgu kat sebelah pulak diam je, macam berdoa dalam hati tak nak mati sebab eksiden.

"Tak lah lama sangat. Baru dua, tiga tahun. Kira cikgu-cikgu yang lain tu lagi lama dari saya."

Balas Cikgu Halim. Sambil fokus ke arah jalanraya, gua anggukkan kepala. Cikgu Halim ni gua rasa dalam lewat 40-an. Kalau ada anak, gua rasa anak dia dah lima orang. Pakai cermin mata hitam, dengan topi safari hitam. Dah macam otai rock.

"Tapi sebelum kerja kat sini, saya dulu kerja bawak lori. Fuh... Kerja bawak lori ni best Mal. Macam-macam tempat saya pernah pergi. Dari Singapore, sampai ke utara sana saya pernah pergi."

Eh, gua tak tanya pun. Tapi tak apa. Ini tandanya cikgu ni boleh dibawak borak. Hilang sikit nebes gua.

"Tapi saya bagitahu kau lah, saya seronok bawak lori dulu bukannya apa, seronok sebab masa zaman saya dulu, awek keliling pinggang. Cakap je kena bawak lori hantar barang ke utara, mesti ada awek nak ikut. Jadi tak adalah sunyi sangat, kan? hahaha..."

Sambung Cikgu Halim lagi, sambil tersenyum-senyum. Gua dah tau, dia ni mesti jenis cerita nak letup-letup. Jenis kalau bercerita, nak gempak. Gua dah bersedia, nak dengar gebang dia.

"Oh ye ke? Wah, best lah cikgu ye..."

Gua layan je, sambil memandu perlahan. Lagipun ada sekolah kat kawasan tu. Kawasan sekolah 30km/s je, bak kata abang gua yang memberi sedikit tips supaya tak kantoi test JPJ nanti.

"Fuh, memang best. Sebab kalau ada awek yang ikut, takkan dia nak ikut saja-saja je. Mesti ada 'hasil'. Kita penat memandu, dialah pengubatnya. Dia urut-urut badan kita. Lepas tu kalau berhenti kat kawasan rehat, kau faham-faham je lah kami buat apa kan..."

"Oh..." Balas gua.

"Masa tu saya ada banyak pilihan. Kau sebut je, anak dara, mak janda, awek kat Shell, minah Indon, perempuan kilang, semua pernah teman saya bawak lori. Semua saya balun. Tapi itu dulu lah, sekarang dah beranak bini, saya dah tak buat perangai jahat macam dulu."

Gua angguk kepala lagi, sambil tersenyum sedikit. Iyalah, takkan perangai muda-muda nak bawak ke tua,kan? Baguslah kalau macam tu.

Masa gua potong kereta depan, Cikgu Halim terdiam sebentar. Cuak la tu. Rilek. Gua teruna, belum mau mati lagi. Gua masih pemandu berhemah. Tak laju sangat pun. Orang depan tu yang slow macam baru lepas beli kereta, nak jalan-jalan tayang kereta baru kat orang kampung.

Tiba-tiba telefon Cikgu Halim berbunyi. Masa tu dalam kereta, jadi gua dapat dengar perbualan dia.

"Hello sayang... "
"Kenapa tadi abang call, sayang tak jawab?"
"Ololoo... merajuk lah tu ye. Sayang dah makan?"
"Makan kat mana?"
"Iya, abang tau lah makan kat mulut. Sayang ni, nak bergurau pulak"
"Eh, petang ni kita jumpa ye. Abang tengah ajar budak driving ni."
"Iya, tengah dalam kereta ni. Nanti kita jumpa ye. Bye sayang..."


Satu-satu ayat dia gua dengar.

"Hah, kau tengok. Perempuan ni, kita tak cari pun dia datang. Ini, yang telefon saya tadi ni, tengah gian la tu. Hahahaaa..."



Tiba-tiba gua rasa nak bawak kereta laju-laju lepas tu langgar tiang lampu kat tepi jalan. Orang tua bangsa tak sedar diri kat sebelah gua ni dah lah tak pakai seatbelt.

Keparat. Kesian kat anak bini lu, kata gua dalam hati.


Bersambung...........
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: