Saturday, October 17, 2009

Tolong, jauhkan 'benda itu' dari saya.

Leo lepak kat depan laptop gua. Mula-mula dia bukak video-video MadTV yang gua download. Gua buat tak tahu saja, sambil guling-guling pegang handphone baca mesej. Kadang-kadang ketawa bersama Leo, dengar ayat-ayat merapu MadTV. Tak tahu apa MadTV? Lu orang memang kampungan. Bukak Youtube, search sendiri. Takkan itu pun gua nak kena ajar?

Tiba-tiba Leo kuatkan speaker. Kasi pusing sampai maksimum. Lepas tu dia double klik dekat salah satu video dalam laptop gua tu. Kemudian dia cepat-cepat berlari keluar bilik.

"Aaaarrghhhh!!!!"

"Eeeerrrrkkkkk!!"

". . . . . . . . . . . . . ."

Gua yang pelik tengok tindak tanduk Leo, menoleh ke skrin laptop. Celaka, video 'itu' rupanya. Cepat-cepat gua pejam mata. Tapi bunyi dia pulak seakan-akan boleh menceritakan situasi. Cepat-cepat gua tutup video itu. Lepas tu gua delete fail video tu. Leo dah ketawa-ketawa kat luar bilik, sambil mengendap dari pintu-nak tau apa reaksi gua. Babi.

Lu orang nak tau tak itu video apa?


Dalam video tu, seorang askar, berbangsa caucasian dipijak kepalanya dan disembelih dengan menggunakan pisau oleh sekumpulan manusia. Lepas tu kepala dia dijulang-julang oleh si penyembelih. Pak arab ke apa entah, gua kurang pasti jenama dia. Yang gua pasti, mereka ni tak tahu yang kena sembelih tu sakit. Lembu pun boleh menangis, takut kena sembelih masa Raya Korban, inikan pula manusia.

Iya, gua takut. Selain dari takut katak, cacing, cicak, lipas, dan si kesayangan yang kadang-kadang garang tak tentu pasal, gua juga takut tengok video-video macam tu. Lagi takut dari tengok cerita hantu. Hantu pun kadang-kadang stok Maya Karin, Fauziah Gous yang muka cantik, jadi sedap la sikit mata memandang. Ini tengok darah terpercik sana-sini, sambil mendengar suara si mangsa sebelum saat kematiannya, kepala otak gua tak boleh nak terima. Tiba-tiba gua boleh jadi pening.

Gua juga tak berapa nak berkenan kalau tengok ada pisau atau apa-apa objek tajam berada dalam genggaman orang. Lagi-lagi kalau orang tu boleh bantai bermain gila, nak bergurau senda dengan kawan-kawan sambil pegang objek tajam tu. Konsep "Mak lang tak berbau" boleh digunapakai dalam situasi macam ni. Bagi gua, objek-objek boleh menyiat kulit macam tu tak patut dibuat main. Buatnya kalau kau hayun-hayun pisau tu, tiba-tiba bilah pisau tu tercabut, lepas tu tercucuk kat dada belah kiri kawan kau, tak ke arwah beliau? Kau dah tak ada kawan, tak ke sunyi hidup kau lepas tu? Dengan siapa lagi kau nak bergurau senda sambil pegang pisau? Kau tak fikir ke semua tu?

Jadi tolong ye, tolong sangat-sangat. Gua tau lu ada pisau. Tapi tak payah nak letak kat atas meja dalam bilik. Letak je kat tepi sinki tu. Kalau ada gunting, simpan elok-elok dalam laci. Jarum? Itu pun sama, simpan elok-elok kat tempat yang sepatutnya. Celaka. Penakut jarum gua ni rupanya. Tapi bayangkanlah, lu baring guling-guling atas katil, tiba-tiba lu tengok lengan lu ada jarum yang dah separuh tertanam. Pilu tak hati?

Tapi kadang-kadang, benda yang kita nak elak itu lah yang selalu kita jumpa. Contoh adalah seperti perbuatan tak bermoral Leo di atas. Leo ni pelik sikit. Sekarang dia dah ada website kegemaran baru. Kalau nak pakai laptop dia, kadang-kadang mata gua terpaksa jamah sikit gambar-gambar tak senonoh dalam website tu. Nak tau website apa? Google sendiri "best gore". Malas gua nak letak link.

p/s: Gua takut nak bukak website tu. Nanti kepala pening.
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

penjenayah merah jambu. said...

oleh sebab aku dah biasa bila berperang dengan abang aku,masing-masing pergi dapur ambil pisau,dan parang (konon advance lah),maka aku tak takut sangat dengan benda tu.gunting pun tak,tapi aku takut dengan jarum dengan stapler.oleh sebab ibu jari aku pernah kena stapler,maka sekarang ni aku cuma simpan stapler tanpa dawai kokot. :)

pst,gila meremang bulu roma bila aku google image BEST GORE.

eeeeeee,takut,geli,geli,geli,takut,geli,takut (hah,kau bayangkanlah macam mana mericaunya aku bila tengok!)



kawan kau tu menakutkanlah.sekian terima kasih.

Encik Akmal said...

Berperang ngan abang, ambik pisau n parang? Gila lah ko. Sama cam Leo perangai. Elok korang berkawan lah aku rasa. Meh add dia dalam Fesbuk haha!!!

Err..stapler? well, itu kurang sikit kadar kecederaannya kot...

Ah, pasal 'best gore' tu, atas risiko sendiri ye. Aku pun dah langgar etika ni, promot laman web macam tu kat pembaca...hishhh!!!

beeq said...

weh,,, kwn ko tu dasyat kan,,,
aku plak naik trauma dgn post ko kai ni...
wawawawawaaw...=(

Encik Akmal said...

erk... jangan takut. abang amir ko kan ada...
Eh!! amir kan nama dia??? harap x silap.. kuui kui kui...