Monday, November 30, 2009

Cuaca apakah anda dalam blogosphere?

Sebelum apa-apa, gua nak bagitau yang gua klasifikasikan blog-blog ini dari sudut pandangan gua. Dah blog gua, sukati lah gua nak kategorikan macam mana pun! Haha!!

Jenis- Interest/ Hobi/ Info.
Gambar- Banyak.
Ayat- Pun banyak.

Sasaran- Mereka yang mempunyai hobi yang sama.


Jenis ni yang ramai kebanyakan orang akan jumpa kalau diorang taip dalam blogsearch google berdasarkan kriteria yang diorang cari. Contohnya, kalau lu orang search 'DSLR', 'lomography', 'scene indie malaysia', 'trend fesyen terkini', 'novel online' atau apa-apa sahaja la yang boleh dijadikan hobi, lu orang akan jumpa blog-blog sebegini. Tentunya, dalam blog-blog ini penuh dengan gambar, tips-tips berguna dan penuh dengan komen-komen pembaca yang request macam-macam. Ada jugak yang bagi pendapat. Kritik pun boleh tahan banyak. Malah, banyak juga yang ucapkan terima kasih dan mendorong untuk diteruskan lagi minat pemilik blog.

Contoh- Adzfar.com, Hanis Zalikha, Sokernet, Geartinggi, The Twinnies.

Jenis- Isu semasa/ Kritis/
Pendapat
Gambar- Kureng.
Ayat- Banyak.
Sasaran- Journalist/ Mereka yang rajin membaca. Kalau baca skip-skip memang kodi.

Blog ini pun ramai orang baca. Sama ada berkaitan politik, akademik, perkauman, apa-apa sahaja la yang berkaitan dengan isu semasa. Bias atau tidak, itu adalah hak penulis yang cuba menyampaikan. Penulis bukan sahaja bagi pendapat, malah disertai dengan link-link atau info-info berkaitan. Mereka antara yang mepunyai pengetahuan luas dalam menulis, bukan sekadar menyokong sesuatu tanpa sebarang ilmu. Komentar pula biasanya terdiri dari dua; sama ada menyokong atau mencaci penulis. Tapi penulis biasalah, cool sahaja. Diorang tak melenting balik. Cuma kena hati-hatilah, jangan bagi pakcik-pakcik kat ISA marah. Takut nanti kena tidur kat Sungai Buloh macam pemilik website ini.

Contoh- Education in Malaysia, Faisal Tehrani, Obefiend.

Jenis- Bisnes.
Gambar- Banyak gila babas.
Ayat- Hanya spesifikasi dan info, jadi tak banyak.

Sasaran- Pelanggan dalam talian/ orang malas nak pergi kedai.


Ini style businessman moden. Sambil makan pun, duk sibuk check e-mail. Mana lah tau, kalau ada pelanggan yang berminat dengan produk mereka. Diorang iklankan produk, letak gambar-gambar menarik, sediakan spesifikasi, dan sertakan harga sekali.

Contoh- Blog Abang Gua, member gua kat matrik, bundle feveret gua,

Jenis- Hiburan/ Cerita/ Humor.
Gambar- Adalah sikit-sikit.
Ayat- Kalau yang dah mahir, ayat sepatah dua pun dah menghiburkan.
Sasaran- Terbuka/ mereka yang kebosanan.

Blog macam ni pun selalu jugak akak-akak kat opis bukak masa tengah bosan atau masa baru lepas kena marah ngan bos. Biasanya pemilik blog adalah lelaki. Ada yang dakwa kisah benar, ada yang reka sendiri. Tapi itu tak menjadi hal, kerana memang susunan ayat penulis dalam bercerita sangat kelakar.

Contoh- Blog kazen gua, Hilang Punca, Hapacrita.

Jenis- Puitis/ Melankolik/ Makan dalam.
Gambar- Kurang. Hanya ada kalau perlu.
Ayat- Beberapa baris ayat, tapi kena faham setiap patah perkataan.
Sasaran- Peminat novel/ budak yang dapat A1 dalam Bahasa Melayu SPM.

Isu, masalah peribadi, konflik dalaman, atau sekadar seni bahasa, inilah blognya. Gua tak tau nak terangkan macam mana. Bukak lah sendiri.

Contoh- Zahiril Adzim, Aku Pijak Kau, Tulisan Putih.

Jenis- Budak-budak Universiti/ Pelajar terpelajar.
Gambar- Lebih kurang.
Ayat- Kadang-kadang banyak, kadang-kadang lagi banyak.

Sasaran- Terbuka/ Rakan sekuliah.

Sekarang ni biasalah, semua pun dah ada blog peribadi. Takkan hari-hari nak bukak Facebook je. Kandungannya pula vary; isu, cerita terkini, pengalaman pergi tempat orang, macam-macam lah! Dah kata budak universiti, macam-macam benda kitorang nak cerita.

Contoh- Blog Klasmet Gua, Penjenayah Merah Jambu, Aku Dia dan Bintang, Broken Pen,

Jenis- Paling gua benci.

Gambar- Gambar sendiri. Punya banyak sampai nak kena tunggu sejam baru habis load page.
Ayat- Pun banyak. Siap kaler-kaler sampai pening gua nak baca.

Sasaran- Budak-budak sekelas tingkatan 3 Matahari.

Cuba lu tengah online, tiba-tiba lu terbukak blog yang ada ayat macam ni:

"Hari nie I kua ngan bf I. Nak bwk g tgk wayang katanya. Cite tu besh! Masa tgk citer tu kan, bf I pegang tgn I. Romantiknyeee! Lps tu, kitorang g jln2 kat MidValley. Bf I belikan I patung teddy bear besar. Lepas tue kan, dia hantar I blk umah. Malam tue, kami SMS sampai kul 2am. Pastu, sebelum tido, bf I bagi kiss. I pun hepi~ yayang bf I, Syed Saripudin Rawop!"

atau ayat macam ni:

"Hari nie kat sekola, byk mendew x besh jadi taw. I dtg lambat, pastu kenew denda ngan Ustazah Zainab. I benci ngan ustazah tue! Sukew denda I. Dah ar masew rehat, masew I lepak-lepak ngan Siti dan Nurul, tibew2 geng si Farah dtg kat kitorang. Farah katew kitorang ni gewdiks. Dia katew perangai kitorang macam bohsia. Bia ah, Farid tue memang sukew kat kitorang. Kepada Farah, lepas ni kow jgn nak rapat ngan Farid tue lagi! Kow tue yg gewdiks naks mampuss!! Farah b***!!!"


Macam gampang kan ayat dia? Nak gua explain lagi?

Contoh- tak payah susah-susah. Lu taip je nama budak pompuan yang lu kenal. Mesti dapat jumpa punya blog budak2 sekolah camni. Baca lama2 boleh buta mata.



P/s: Blog anda di mana?
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

Blog aku diblogspot.Hakhak.

Aku sangat terhibur baca blog budak sekolah or budak-tak-berapa-sekolah dengan kiddytalk dorang tu.
Rasa macam...

macam...



hahahaha (tak terkata)

dorang akan membesar.tak sabar nak tengok perubahan dorang.(macam orang tua je kan bunyiknye ni)

Dosz said...

yang last kali aku tak leh thn. mmg salu aku jumpa benda gitu. benci doww

zura amir said...

weh,,,
blog aku kaler2!!!!

Encik Akmal said...

PMJ: haha... kadang2 siap ada carut2 lagi, memang takleh handle ar...
Dosz: selalu kan? haha.. tapi yang peliknya, ramai pulak follower dia. Maybe sebab cantik kot.
Zura: haha ye kan... takpe la, kira macam promo gak ni. Tapi sebenarnya ko dalam kategori 'Budak2 Universiti'. kan? kan?