Tuesday, December 8, 2009

Gua sayang penipu.

Sebelum kita mula, mari gua kongsi satu qoute yang gua pernah terbaca satu ketika dulu. Bunyinya begini:

"Stop lying, and you'll reduce the number of liars in this world."

*TEEETTTTT!!! This qoute sounds sarcastic to me.*

Memang, setiap orang pernah menipu, walaupun ustazah, ibu bapa kita atau abang akak kita pernah cakap "Tak baik menipu. Dosa. Masuk neraka." Tapi nak buat macam mana. Ada orang cari makan dengan menipu. Ada yang memang jadikan menipu sebagai hobi. Ada jugak orang yang tak boleh bernafas kalau tak menipu. Tipu kanan, tipu kiri. Celaka, dah macam tajuk filem.

Gua nak tanya, kalau lu tiba-tiba dapat tau yang seseorang itu sedang menipu lu, apa lu buat? Gua dah tanya kat macam-macam jenis orang. Jawapan tipikal yang gua dapat; "Mestilah aku sound je terus!"

Si penipu tipu si penipu, apa cerita?

Kalau gua, masa tengah borak-borak atau texting dan gua dapati pihak yang lagi satu sedang menipu, respon pantas gua yang lu dapat sedar ialah; gua diam. Dan gua palingkan muka, lepas tu tersenyum sorang-sorang. Selain marah, gua biasanya berfikir kenapa dia mesti menipu gua. Dan fikir punya fikir, mesti akan end up dengan kelucuan. Gua ketawa dalam hati, sebab terkenangkan penat lelah dia untuk menipu atas reason yang entah apa-apa, dan kelucuan telatah dia semasa dia ingat gua tengah percaya setiap butir cerita dia.

*kah kah kah!!!*

Kronologi menipu adalah begini:
- Pada awalnya, si penipu gembira menipu, si ditipu pun gembira kerana dibuai tinggi dengan kata-kata penipu.
- Setelah dapat tahu kisah sebenar, si penipu akan cuak, manakala si ditipu akan marah.
- Kemudian berlaku konflik dan provokasi antara mereka, si penipu akan menyesal, dan si ditipu akan membenci.
- Selepas konflik, si penipu akan mencari ruang untuk membetulkan keadaan, manakala si ditipu akan lebih berwaspada.
- Dan selang satu ketika (bulan, tahun) kedua-duanya akan menceritakan kembali pengalaman ini kepada orang lain, dan mereka akan ketawa sama-sama.

Tapi gua tak lalui semua fasa-fasa itu. Masa gua tau gua kena tipu, gua akan simpan dalam hati sambil berfikir "Celaka, gua dah kena kencing". Tapi gua layankan sahaja sehingga lah dia selesai menipu. Dan 5 saat selepas si penipu beredar, gua akan ketawa sorang-sorang.

Baiklah, kembali pada tajuk. Apa yang membuatkan gua sayang kat penipu, sedangkan semua orang bencikan orang begini?

Kerana si penipu lah yang menceriakan hari-hari bosan gua. Bagi gua, seseorang kelihatan sangat comel semasa mereka sedang berusaha untuk menipu.

Comel, stail adik-adik.



Tips dari Pinocchio: Hanya kaki tipu je yang dapat detect dengan mudah kalau dia ditipu orang lain. Mari, kita menipu.
Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

Anonymous said...

ada org menipu n masih xsedar diri yg org tau dier menipu..agaknyer dh hobi dier suke menipu sampai bleh wat org susah..pendek kater ble wat org sakit..pikir2 kan..