Monday, November 2, 2009

Kesayangan?

"Mal, kau dengan At***h masih berkawan lagi kah?"

"Kenapa?"

"Saja je tanya. Macam dah tak ada je lagi aku dengar handphone kau berbunyi. Ahaks!!"


Cis!! Gua yang sedang sibuk tonton video cara-cara nak belajar street magic performance tiba-tiba rasa terpukul dengan soalan itu. Magic entah ke mana, fikiran gua entah ke mana. Terus mencari handphone yang tak ada kredit, mana lah tahu tiba-tiba ada 21 missed call dari dia.

Baiklah, begini. Gua masih sayangkan dia, dia masih kesayangan gua. Tapi dia ada dunia dia dan gua ada dunia gua sendiri, okey. Sekarang gua dah malas nak sibuk-sibuk bertanya khabar macam dulu. Sebab pernah secara halus, dia meminta sedikit ruang untuk dia, dan gua beri dia ruang itu. Senang cerita, apa yang dia mahu, gua ikut je. Selagi daya, gua cuba untuk faham dia. Tapi apa yang membuat dia cuba menjauh, gua tak pasti dan gua masih tak tahu sampai sekarang. Mungkin itulah keupayaan masa, mampu mengubah keadaan.

Yang pasti, semua kata-kata dia, gua simpan sampai bila-bila. Dan satu harapan yang pernah dia beri dulu, gua genggam erat.

*bunyi handphone*

Ada 1 mesej.

"All d best 4 final Akmal"

Sent by: Khairol U

Well, getting a text message from a guy wishing you for your final exam doesn't make you a gay, kan?

p/s: Sekarang dah mula minggu exam. Jadi gua ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan all the best untuk semua student-student IPT yang bakal mengambil peperiksaan dan student Unimas terutamanya. Harap-harap tak ada pelajar lelaki yang stress belajar sampai histeria. Gua terajang je kalau jumpa kes ngada-ngada macam ni. Ini satu amaran!
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

color on de'wall said...

All the best to u too. Lookin' 4 ur next post.

Unknown said...

wuh~!

Unknown said...

I dont like to say it twice, but u just never learn! Damn man~~

Encik Akmal said...

Lyn: Yeah!! Keep on lookin' haha...
Abraham1: Wah~!
Abraham2: If this is a mistake, maybe I can learn sumthing. Feel me?