Antara ketiga-tiga kaki ini, yang mana berkemungkinan untuk mati dulu?
Tersebutlah satu kisah, terdapat tiga orang sahabat yang terdampar di padang pasir. Entah macam mana diorang boleh terdampar kat padang pasir, itu gua belum pasti. Mereka ialah Ali yang kuat merokok, Abu si kaki perempuan dan Ajis si kaki botol. Mereka kelihatan tidak bermaya, lemah, lapar, haus, dan tidak hensem. Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba mereka terjumpa dengan satu teko.
"Ini teko ni, mak aku dulu letak air zam-zam. Biar aku minum dulu."
Kata si Abu dengan penuh keyakinan sambil menghalakan muncung teko itu ke mulutnya. Tapi hanya pasir yang keluar dari muncung teko itu. Abu terbatuk-batuk sambil meludahkan kembali pasir dari mulutnya.
"Bodoh macam unta gunung. Siapalah nak letak air kat padang pasir ni? Kau ni mesti tak pernah tengok cerita Aladdin kat TV3 masa kecik-kecik dulu, kan?"
Kata Ali sambil menepuk-nepuk belakang Abu. Ajis pula mengambil teko itu dari Abu lalu menggosok-gosok badan teko itu. Sempat juga Ajis nyanyikan lagu "Aladdin" dendangan asal Kumpulan Spider.
***Pooooffff!!!***
Tiba-tiba, keluarlah seekor jin berwarna hijau. Kepala botak, perut buncit, tak pakai baju, kulit pula licin, memang seperti seorang bayi yang comel. Tapi itulah, dia berwarna hijau. Angelina Jolie pun tak berani nak buat anak angkat.
"Terima kasih kerana melepaskan aku. Sekarang, aku kurniakan satu hajat bagi kamu setiap seorang." Kata si jin hijau sambil berpeluk tubuh. Kerek betul gayanya.
"Wah, baguslah! Kalau macam tu, Jin, carikan aku sebuah gua yang penuh dengan makanan dan perempuan cantik. Kasi penuh gua tu dengan awek tau!" Kata si Abu dengan gembira. Sesekali dia terbatuk-batuk, kesan makan pasir sebentar tadi.
"Aku pun nak macam tu lah! Kau carikan aku sebuah gua yang penuh dengan bekalan makanan dan rokok dari pelbagai jenama yang takkan habis." Kata Ali pula.
"Wah, bukan main lagi korang ye. Aku pulak nak sebuah gua yang penuh dengan bekalan makanan dan arak dari pelbagai jenama." Pinta si Ajis.
Maka mereka bertiga pun gembira lah tinggal di gua masing-masing. Selepas tiga tahun, penduduk setempat telah menemui mayat Abu. Semasa ditemui, mayat Abu kurus kering. Ratusan gadis yang tinggal bersama Abu di dalam gua itu mengatakan, Abu tidak mampu untuk melayan kesemua gadis-gadis itu. Iyalah, hanya Abu seorang sahaja lelaki, manakala yang lain semua perempuan, mana larat nak layan. Boleh meninggal dibuatnya. Perempuan yang ada pula tak habis-habis bergaduh, berebutkan si Abu.
Selang beberapa jam kemudian, kerana terbau sesuatu yang sangat busuk, sekumpulan penduduk setempat telah terjumpa pula dengan mayat Ajis si kaki botol di dalam guanya. Guanya penuh dengan botol arak. Mungkin kerana terlebih minum, Ajis mengalami kembung perut lalu perutnya pecah, menyebabkan dia meninggal dunia.
Selepas itu, penduduk setempat pergi ke satu lagi gua. Dari luar, kelihatannya sangat sunyi. Hanya kotak rokok bersepah di depan pintu gua. Penduduk menjangkakan akan terdapat seorang lagi mayat di dalam gua itu, seperti dua mayat sebelum ini. Setelah mereka masuk ke dalam gua itu, mereka sangat terkejut apabila menemui seorang lelaki yang kelihatan sihat walafiat. Dia hanya duduk diam sambil jemarinya terketar-ketar sambil memegang sesuatu. Apabila terlihat orang masuk ke dalam gua itu, lelaki tersebut tersenyum riang. Dengan pantas, lelaki itu berlari menuju ke arah penduduk setempat.
"Bang, ada lighter tak?"
Kata si Ali sambil memegang sebatang rokok di jarinya.