Monday, February 1, 2010

Sedikit update (texting bersama Puan Zaharah)

*Kreeek... kreekk.. kreekkk* <--- ini bunyi cengkerik.

Henpon gua berbunyi, tanda ada mesej. Gua tengok jam, pukul 6.09am. Gua baca mesej.

"Senyap je. Duit ada tak?" - Puan Zaharah.

Gua dah kalut. Nak reply camana ni? Kalau gua reply tak ada duit, kantoi la pasal masalah berangkai antara gua, PTPTN, dan pointer gua. Kalau gua reply ada duit kang, mama gua ingat gua hidup senang lenang pulak. Padahal sekarang ni, nak beli nasi pun tangan menggigil masa nak bayar.

"Ada la sikit." - Gua reply.

Jawapan gua ni agak 'main halus' sebenarnya. Gua nak bagitau yang gua ada duit, dan gua perlukan mama gua masukkan duit dalam masa yang sama.

"Nantilah mama masokkan RMxxx. Ptg kot." - Puan Zaharah.

Abaikan dulu tentang duit. Berdasarkan mesej di atas, lu nampak tak betapa improvenya skill texting Puan Zaharah sekarang ni? Walaupun ejaan 'masuk'nya agak old skool, tapi ejaan 'ptg' yang bermaksud 'petang' tu berjaya menarik perhatian gua. Jadi, gua cuba untuk menguji Puan Zaharah dengan SMS yang sedikit mencabar.

"K tq" - balas gua.

*
*
*

Dan Puan Zaharah tak reply. Beliau tak faham mesej gua agaknya. Keh keh keh...


P/s: Thanks mama, thanks Bang Long.
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

nenek™ said...

nk ckt duit

puteraohtrabulan said...

Mama ingat Anak..anak ingat awek...Keh3x

PM S@y@ b@ik said...

hahaha..ko punyer krisis ekonomi lebih kurang mcm aku jer...hahaha

Anonymous said...

owh akmal ada masalah duit rupanya
nanti pakcik "belanja" akmal ye..