Dah lama gua cari, tak jumpa-jumpa jugak. Kalau ikutkan, macam dah hampir sebulan gua cari. Atas meja, bawah katil, dalam laci, belakang langsir, celah almari baju, semua gua dah selongkar. Masih tak jumpa-jumpa jugak. Habis bersepah bilik gua. Ini tak boleh jadi ni.
Gua gerak ke bilik sebelah. Gua cari kat tempat Leo, tempat Erich, tak ada. Mana pulak perginya ni? Gua keluar bilik Leo Erich, gua cuba cari kat ruang tamu. Celaka, periuk nasi semalam belum basuh rupanya. Gua basuh kejap. Kat singki ada koleksi pinggan dan sudu yang belum dibasuh. Dengan menggunakan prinsip 'gua-bukan-orang-gaji-lu', gua tolak tepi pinggan dan sudu tu. Sedap sangat makanan agaknya, sampai terlupa cara-cara nak cuci pinggan. Sambil membasuh periuk nasi, gua sempat intai-intai bawah singki. Mana tau kalau pencarian gua selama sebulan ini terjawab. Tapi masih, tak ada.
Dan gua teruskan pencarian di seluruh kawasan universiti. Gua tak kira, mesti cari sampai jumpa. Kalau boleh, gua nak umumkan dekat Harian Metro, tapi gua tak suka publisiti-publisiti murahan macam tu. Pencarian gua hanya terhad kepada orang-orang sekeliling gua sahaja. Jumpa kawan, gua tanya. Jumpa orang yang bukan kawan, gua tanya jugak. Jumpa pondan yang gua cukup geli pun, gua sanggup tanya. Tapi kalau jumpa makwe, gua tanya sekarang jam pukul berapa.
Gua terus mencari. Sambil-sambil berjalan pergi kelas, gua tinjau-tinjau kat tasik. Tak ada. Gelanggang bola keranjang, tak ada. Tepi jalan, tak ada. Fakulti seni, bank, bangunan canselori, fakulti IT, pun tak jumpa. Masuk fakulti kejuruteraan, yakni fakulti tempat gua dan timbalan dekan bergelak ketawa sambil tepuk-tepuk bahu pun, tak jumpa jugak. Gua dah menggelabah.
Balik kelas, singgah kafe sekejap. Gua tanya kat makcik kafe. Makcik kafe hanya menjawab dengan menggeleng kepala, menandakan yang dia pun tak jumpa apa yang gua cari. Sebelum beredar, sempat juga gua curi-curi makan sotong goreng tepung sama ayam goreng. Ah, nikmat. Lama dah gua tak membeli lauk kat kafe ni rupanya. Makcik kafe dah genggam penumbuk. Gua blah laju-laju.
Saat lu sedang baca entri ini, gua masih mencari. Dan selama sebulan ni, sambil check handphone, setiap hari persoalan ini akan bermain dalam kepala gua:
"Mana pulak perginya kesayangan gua ni? Senyap je."
P/s: Respond me A.S.A.P. Kredit takde. Miss you.