Friday, April 23, 2010

Hai. Saya Akmal, dan saya seorang penakut.

Kalau gua cakap kat lu orang yang gua tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk melakukan sesuatu perkara yang secara literalnya jahat, lu percaya tak?

Senang cerita, jiwa gua tak berapa kental.

Gua tak pernah fly sepanjang gua belajar di Sekolah Menengah Teknik Segar-amat dulu. Lu percaya tak? Ada sekali tu, time gua tengah nak tidur malam, budak-budak nerd kat bilik gua sibuk bersembang pasal pengalaman diorang fly dari asrama. Pung pang pung pang. Meletup-letup cerita budak-budak nerd. Gua yang tak dapat tidur sebab terdengar perbualan mereka, jadi tercabar. Tapi bila terkenangkan muka (dan perut) Cikgu ZZ, gua jadi seram. Terus hilang selera nak fly. Budak-budak nerd masih lagi pung pang pung pang cerita pasal pengalaman masing-masing dapat fly. Gua tekup muka dengan bantal, tidur.

Tak percaya? Betul, gua tak pernah fly sekali pun.

Dan kalau lu orang nak tahu, gua juga pernah dating. Tapi masalahnya, nak pandang mata makwe pun gua takut. Pegang tangan? Harapan. Balik rumah, si makwe sibuk SMS, kompelin atas ke-tidak-macho-an gua. Siap cabar lagi supaya gua lebih berani untuk pertemuan berikutnya.

Nasib baik tak lama lepas tu, kami putus. Kalau tidak, gua dah jadi bapak orang sekarang.

Masih tak percaya? Betul lah.

Gua selalu memikirkan perkara yang buruk yang terjadi sekiranya kantoi. Kalau kantoi fly, kena gantung sekolah. Kalau kantoi buat maksiat, kena marah dengan mama dan abah. Mentaliti "kalau aku kantoi..." tu mesti sentiasa bermain-main dalam kepala gua. Gua tak boleh. Bak kata Biskut, "kalau sebelum buat dah fikir pasal kantoi, baik jangan buat". Walaupun nama panggilannya agak kelakar, tapi gua terima sahaja nasihat kaki ponteng dan kaki fly ini . Sape entah yang bagi dia nama "Biskut" ni. Agaknya sebab selalu hilang kot.

Lagi satu, gua tak pernah menipu dalam peperiksaan.


***


2008. Teater Multimedia, Fakulti Kejuruteraan.

Gua tenung kertas soalan lama-lama. Agak lama jugak. Sejak gua dapat jawab soalan 1 tadi, pen gua dah berhenti menulis. Kalkulator pun dah terpadam. Masa tu gua dah terbayang wajahlecturer gua menanda kertas jawapan dengan dahi berkerut sebab tengok kertas jawapan gua hanya berisi jawapan bagi soalan nombor 1. Mesti beliau kecewa. Ini tak boleh jadi. Mesti minta bantuan segera. Gua toleh kiri kanan. Line clear.

"Pssssttt..."

Gua cuba berbisik ke meja depan gua.

"Soalan 2,3 dan 4....."

Gua berbisik bila orang di hadapan gua berpura-pura mengeliatkan badan ke belakang. Dia hanya menganggukkan kepala sambil membuat isyarat "Tunggu".

Masa tinggal sejam. Gua tengok ada yang sudah mengemas meja kerana mahu keluar awal. Mungkin mereka dah siap. Memang, soalan kali ini agak senang. Tapi gua tak dapat nak jawab sebab kata lecturer gua, dia hanya cover Chapter 1 sampai 6 bagi soalan final. Tapi semasa final, soalan yang keluar kebanyakannya dari Chapter 7 sampai 9. Gua dah pasang hajat nak letupkan kereta dia lepas exam. Tapi masalahnya, gua tak pernah pun nampak dia naik kereta.

Budak depan gua pun dah mula kemas-kemas alat tulis. Gua bisik lagi, kali ini dengan sedikit lantang dan tegas.

"Woi... Mana?"

Dia bangun untuk meninggalkan peperiksaan sambil memandang sekeliling. Semasa itu juga, dia campakkan kepada gua beberapa kepingan 'toyol' yang dia bawa. Dia berjalan keluar. Selamba dan smooth.

Gua dah kucar kacir ambik kertas cepat-cepat dan simpan dalam poket. Dalam hati ada sedikit gembira. Gua angkat tangan, tanda mahu keluar ke tandas. Lecturer yang mengawas peperiksaan mengangguk kepala, tanda kebenaran diberi.Gua cepat-cepat masuk tandas. Kunci pintu. Gua seluk poket, capai 'toyol' tadi. Masih berlipat.

Tapi macam biasa, mentaliti "kalau aku kantoi...." gua kembali lagi. Tiba-tiba gua terfikir macam-macam. Tiba-tiba otak gua begitu kreatif membayangkan yang tandas itu dipasang CCTV untuk merakam kegiatan pelajar dalam tandas. Tiba-tiba otak gua begitu kreatif, memikirkan pintu tandas akan ditendang dari luar semasa gua sedang sibuk menghafal rumus. Tiba-tiba otak gua begitu kreatif, membayangkan lecturer pengawas peperiksaan tadi senyap-senyap masuk tandas, panjat pintu dan mengintai kegiatan gua dan bersiap sedia untuk kata "Ooooooo... Ini kerja kamu ye?".

Tiba-tiba. Gua jadi jujur gila.

Gua simpan balik 'toyol' itu. Kali ini bukan dalam poket. Tapi kat celah stokin. Gua keluar tandas, kembali ke meja, menghadap kertas yang masih kosong. Kali ini gua dah pasrah. Apa pun keputusannya, gua terpaksa terima. Palat.

Masih tak percaya yang gua tak berani menipu dalam peperiksaan?


***

2010. Bilik Seminar 1, Pusat Kemudahan Pengajian 1.

Sekali lagi, gua menghabiskan beberapa ketika merenung kertas soalan Optical Fibre Communication tadi. Tapi kali ini gua dapat jawab 2 soalan awal dengan hati yang tenang. Masuk soalan 3, gua dah 'down'. Buka pula soalan 4, gua mula terbayang wajah keluarga di rumah.

Dan kali ini, pengawas peperiksaan ialah seorang pensyarah lelaki yang agak tegas. Jenis tak pernah senyum. Gaya cakap yakin dan laju. Semua student takut-takut bila jumpa dia. Nak add dalam Facebook pun, kena fikir dua kali dulu.

Gua tengok, dari mula peperiksaan, dia dah usha gua semacam. Awal-awal dia dah berdiri di sebelah gua. Segan pun ada. Setiap kali dia duduk di meja pengawas, baru gua capai pen dan menulis jawapan. Agak mengganggu sebenarnya.

Tiba-tiba dia datang lagi. Macam Tora pula. Dia pandang jacket yang gua pakai.

"Can I check your jacket?"

Gua mendongak ke atas, tengok muka dia.

"Macam tengah cakap dengan gua je ni..."

Getus gua dalam hati. Student lain dah pandang-pandang.

Gua buka jacket. Dia ambil jacket tu. Dia periksa semua poket yang ada. Jacket ni memang ada banyak poket. Dekat dada sahaja, ada 4 poket. Bawah dada di bahagian tepi ada lagi 2 poket. Di bahagian lengan ada 2, manakala belah dalam pula ada 2 (kalau dalam ceritaPrison Break, poket ini ialah tempat Burrows suka simpan pistol).

Tak lama lepas tu, dia letakkan kembali jacket tu kat sebelah gua. Dan perlahan-lahan, dia berlalu pergi. Kembali ke tempat duduknya. Ada sedikit kecewa di wajahnya.



P/S: Masih tak percaya? Kenapa susah sangat nak percaya ni?
Comments
12 Comments

12 orang tak puas hati:

Anonymous said...

ak sukE part awaL citE+part ending citE ko niH..daH makiN majU dLm mengorak jLn citE!hahaha~

Anonymous said...

hahahahahhahahahaha

ko memang jujur r...kreatif sgt..so......
-mai

Encik Akmal said...

@Anon-Fakh: wah! wah! ko pun ada ikut blog aku ke? hehehe.. tapi lain kali letak nama okey sahabat.. nasib baik aku kenal tulisan ko.

@Anon-Mai: haha tiba2 jadi jujur gile babeng, kan? so.....?

Lynn Mahzan said...
This comment has been removed by the author.
cHEnTa TiKa said...

cayalah.. wa tabik sprinngg sama lu.. huhuhuh
bgus2.. xbaik nipu..

Anonymous said...

sayang member punye pasal,ak caye r..

StingRay said...

Jumpa jugak spesis macam aku.


Calit jari sikit!takpa..kita halal bersentuh kulit.jgn risau.

Kulit ibu jari je lah.

Anonymous said...

gua klo ngan org kenit2 ni, susah nk caye

Encik Akmal said...

@Elyna: ??? nape remove? oh BTW i've read ur blog. sempat lagi promo ye.. heheh thanks.

@Anon-Fittrie: ko memang sayang aku kan..

@StingRay: dah lama ke cari yang sama spesis ni? memang limited kan? hahaha!! calit calit..

@Anon1: takyah caye ar.

Encik Akmal said...

Eh tercicir lak.

@tiKa_AkiTa: wa tabik super ringggg sama lu.

akmar dean said...

haha. lawak la ur post. cam comel gler penakut.
thumbs up for this pos.
btw, visit my blog k. klu suke sila follow. hihi.
:)

Encik Akmal said...

@akmar dean: will do.