Wednesday, April 14, 2010

Kenapa kat universiti gua, study week mesti hanya seminggu?

Sebab ianya 'Study week' dan bukannya 'Study weeks'?

*piappp!! piapppp!!! piapppppp!!!!*

Pandai pandai je dia nak bagi jawapan loyar buruk kan? Kan dah kena 'lempangs' 3 kali.

Ada segelintir pelajar yang merungut dan tidak berpuas hati kerana cuti 'Study Week' hanya seminggu. Bagi mereka, seminggu adalah sangat singkat. Tapi tanpa kita semua sedari, sebenarnya ada beberapa gejala buruk yang hanya timbul semasa study week. Waktu-waktu lain dia tak ada benda ni. Tapi sebaik sahaja bebas dari beban assignment, projek dan sesi kuliah, gejala ini muncul ibarat cendawan selepas hujan.

Ibarat pasir di tepian pantai.

Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Ah, gua dah mula terpesong. Mari kita bongkarkan gejala-gejala buruk ini. Untuk membuat gejala ini nampak macam banyak, gua mulakan dengan bilangan 101 dan nombor-nombor seterusnya adalah mengikut suka hati gua. Ada masalah? Tak ada kan?

Gejala #101:

Library, bilik 24 jam, bilik perbincangan akan penuh.

Rilek-rilek-rilek dulu, jangan tarik nafas lega dulu wahai Menteri Pengajian Tinggi. Maksud gua, akan penuh dengan orang-orang bercinta. Bayangkan, kalau lu datang bilik 24 jam dengan membawa semangat untuk belajar, sekali tengok meja penuh. Meja ini ada satu pasangan. Meja sana ada satu pasangan. Meja besar-besar, tapi diorang conquer berdua. Habis celah mana lu dengan kawan lu nak duduk kan? Takkan nak duduk satu meja dengan diorang pulak. Celaka dah jadi macam Danga Bay pulak bilik 24 jam. Lagi perit kalau lu datang dengan kawan sama jenis, membuatkan keadaan menjadi kekok seolah-olah lu berdua ni gay. Ish!

(Eh betul ke gua eja 'conquer' tadi? Ha, tengok! Betapa ruginya orang-orang yang tak dapat study kat bilik 24 jam macam gua ni! Eja conquer pun macam yakin tak yakin je.)

Gejala #267:

Student yang lepak bilik, tak pakai baju, duduk bersila depan laptop lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan Bukumuka dari buku rujukan.

Contoh terbaik; gua sendiri. Rajin bebenor bukak Facebooknye. Tengok aktiviti kawan-kawan setiap 5 minit, lepas tu kacau-kacau sikit makwe kat Facebook. Sambil sambil tu, sibuk baca blog orang (gua tak rajin komen ye, maaf). Bila tak dapat connection Internet, gua terus jadi blank. Hanya nampak nota sahaja yang boleh dibaca. Tapi setiap kali pegang nota, gua dah mula menggelabah, kejang perut, tangan menggigil, bibir pucat, rambut gugur, dan mata mengecil. Entah kenapa entah.

Gejala #399:

"Apa? Study week dah start ke? Jom pergi enjoy!"

Mengikut sumber Wikipedia gua, 'Study Week' adalah minggu yang dikhususkan bagi pelajar untuk bebas dari kuliah dan berjumpa dengan pengajar untuk meminta petua-petua menjawab peperiksaan dengan yakin dan tak perlu membawa toyol.

http://en.wikipedia.com/Study_week_click_it_and_youre_dumb_ass

Apa yang segelintir pelajar-pelajar kita buat silap, mereka tidak melihat definisi 'Study week' sebagai sesuatu yang penuh dengan ilmiah. Bagi mereka, study week adalah minggu yang penuh dengan stres dan tensi (padahal tak study pape, entah apa yang diorang tensionkan sangat pun gua tak tau). Ada yang pergi pantai, pergi kelabing, nyanyi kat karaoke, main futsal, mendaki gunung, melawat stadium Piala Dunia di Afrika yang masih belum siap, macam-macam lah. Semuanya dengan satu alasan; release tension belajar.

Gejala #406:

Paru-paru semakin menghitam.

Yang ini, khusus untuk pelajar lelaki. Lepak bilik, tengok nota sikit, bakar rokok. Buat kira-kira sikit, bakar rokok. Nak pergi berak, bakar rokok. Kecewa SMS makwe tak reply, bakar rokok. Kajian menunjukkan kadar pembelian hasil tembakau meningkat semasa study week kerana pelajar terlalu 'carefree' untuk membuat aktiviti yang mencenderungkan (???) mereka untuk membakar rokok.

Jenis tengok filem koboi atau James Bond, lepas tu terpengaruh bila hero/orang jahat cakap mulut berasap-asap.

Gejala #505:

Apa barang study. Dota lah! 5 on 5 jom!!

Ada juga yang memandang study week sebagai satu sesi untuk memantapkan mutu permainan mereka. Yang ini gua tak boleh nak cakap banyak nanti ada yang tak nak pergi makan dengan gua pulak.

Gejala #678:

Tiba-tiba rasa gedik nak kahwin.

Gua rasa gua sorang je kot yang ada gejala ni. Ini semua kerana haritu abang gua ada suruh bukak satu laman web sebuah DSLR videographer ni, untuk tengok-tengok diorang punya idea. Mengikut perancangan abang gua, dia macam nak suggest gua jadi videographer kalau dia ada job untuk orang kahwin nanti. Tapi dia terlupa satu perkara penting; tangan gua ni jenis tak stabil. Menggigil je kerja dia.

Cuba bukak laman web ini, http://www.cstproduction.com/v2/web/ dan tengok video-video hasil kerja diorang. Memang power habis. Rugi kalau tak tengok. Saiz file agak besar, jadi sambil nak tunggu load video tu, bolehlah buat solat hajat dahulu agar didekatkan jodoh.

Amacam? Ada rasa nak kahwin tak sekarang? Jom???



Sekarang, kenapa agaknya mereka kasi study week hanya seminggu? Dah tau kan?
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

udez said...

baguslah kau punye list.baru aku sedar sume 2.wpon time aku sbg student dah nak smpi ke penghujungnye..huhu

Farah-Izzaty said...

hahaha... sengal je.. tp betul gak tu.. ahaks!

Anonymous said...

kami tak suka saiful.

Encik Akmal said...

udez: haha takpe. at least dah nak berakhir kesengsaraan ko kat sini.

Farah-Izzaty: ceh.. dapat jugak sengal kat aku.. cis!!

Kepada sesiapa yang tak suka saiful: Boleh letak nama kot..