Monday, May 10, 2010

Status gua sekarang


Sibuk betul gua sekarang ni. Kejap-kejap nak kena pergi site, kejap-kejap nak kena pergi Maxis.

Kawan-kawan SMS pun, gua baca sekali lalu je. Kalau tak terlupa, gua balas. Tapi kalau gua tak balas SMS lu orang tu, bukanlah bermaksud gua lupa diri dan mula menyombong sebab Chelsea menang EPL itu hari. Cuma gua memang sibuk sangat ni. Gua pun bukan jenis suka ignore mesej orang.

Hujung minggu ni pulak famili gua dah bercadang nak pindah rumah. Tapi ini tak ada kaitan langsung dengan kes orang terjumpa pocong atau kes gua bergaduh dengan jiran. Maknanya Isnin sampai Jumaat gua kerja, Sabtu dan Ahad pula gua angkut peti ais. Sibuk kan gua?

Jadi gua memang tak dapat nak layan sangat Internet ni.




Kepada Abang Metal, gua mintak maap sangat-sangat sebab tak sempat nak layan lu punya soalan kat Formspring gua. Gua memang tak dapat dah nak layan benda-benda merepek ni.




***



Amacam? Ada nampak macam dah matang sikit ke gua ni? Ceh...


P/S: Tapi kalau ada orang ternampak gua jalan-jalan dengan Lisa Surihani kat The Mines, itu maknanya lu orang kena berpegang kepada kata-kata "Dalam dunia ini ada 7 orang yang wajahnya hampir serupa".
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Anonymous said...

siape tersepit disepit di telur
dialah yang rasa sakitnya

Encik Akmal said...

bengap. lain kali tak nak kena bengap, letak nama kat hujung komen okay sayang?

Anonymous said...

bole aku tanya soalan kat sini ka?

Encik Akmal said...

bole tak jangan macam-macam?