Wednesday, September 8, 2010

Bergurau dengan Puan Zaharah.

A- Mama gua a.k.a Puan Zaharah.
B- Gua.


Pada suatu malam yang dingin;


A: Kalau kau nak tinggal kat sana, mama tak kisah kalau beli je rumah kat sana.

B: Huh? Kenapa pulak?

A: Senang sikit kalau ada rumah sendiri. Nanti satu keluarga boleh tinggal sana kalau nak jalan-jalan Kuching. Tak payah sewa hotel. Lagipun, takkan korang semua adik beradik nak berkumpul kat Selangor ni.

B: Oh... Elok la tu. Mana la tau, kalau orang dapat kerja kat sana, memang kena beli rumah kat sana la. Ni kalau orang bagitau makwe orang ni, suka la dia.

A: Aik? Kau dah ada makwe orang Sarawak pulak?

B: ...... [diam]

A: ..... tapi mama rasa kan, kalau setakat nak buat aset, rumah kat Perak, Kedah Pahang pun okey jugak. Ko pun, tak payah la kerja jauh-jauh sangat.



P/s: keh keh keh...
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: