A: Assalamualaikum. Mama sihat?
B: Waalaikumsalam. Sihat camni je lah. Kitorang kat Segamat ni, dengan Madhihah sekali.
A: Oh.. Ada apa kat Segamat? Dah musim buah ke? Atau ada kenduri?
B: Tak adalah. Saja nak melawat nenek, sementara mama ada cuti ni. Hah, ni kenapa tiba-tiba telefon ni?
A: Err... Sebenarnya, orang nak bagitau cerita sedih ni.
B: Hah, apa dia? Tak ada duit? Mama baru bank in hari tu kan?
A: Eh, bukan pasal duit lah. Ni ha, laptop orang buat hal. Tiba-tiba tak nak hidup pulak. Orang ingatkan masalah LCD dia, tapi kawan orang kata tadi, masalah motherboard. Dah la tengah sibuk dengan Final Year Project ni, boleh pulak dia buat hal..
B: Hah, tu nak repair tu, berapa lama boleh siap?
A: Motherboard ni, kawan orang cakap, kalau nak repair makan berminggu la jugak. Pastu standby je lah RM750 untuk kos repair.
*
*
*
P/s: Alangkah seronoknya, kalau dialog mama gua lepas tu ialah seperti ini:
"Mai, pergi ambik laptop tu, lepas tu bagi je dekat kawan-kawan. Tak pun, letak kat depan bilik air, buat alas kaki. Ni hah, mama baru order laptop untuk Mai ni. Esok sampai la kot. Kalau tak silap mama, mama terbeli Sony Vaio kot tadi."
Tetapi, apakan daya, realitinya ialah:
"Motherboard tu apa?"
(T_T)