Thursday, October 28, 2010

Iya, gua memang pernah minat baca novel. Apahal? Lelaki kalau baca novel boleh kena penjara ke?

Lagu ni gua terjumpa di Facebook Mai, kawan gua dari matrik.








Khaterine McPhee - Terrified (feat. Zachary Levi). Ini lirik untuk lagu ni *click*.

Sebenarnya, gua jarang layan lagu perempuan. Kali terakhir gua dengar lagu perempuan ialah lagu dangdut, Amelina - Memori Daun Pisang (feat. Iwan).

Jadi, macam mana gua boleh terjebak dalam kancah lagu makwe jiwang sebegini? Ya, kerana ada Zachary Levi. Ini sebenarnya tarikan gua untuk dengar lagu ni. Tak kenal Zachary Levi? Kodi betul. Dia lah pelakon watak utama (Chuck Bartowski) dalam series 'Chuck' (bukan Chuck Norris tau, jangan sampai gua tampar).


Tak sangka selain berlakon, mamat ni juga pandai menyanyi. Macam Farid Kamil? Pui!

Baiklah. Gua tengah sibuk sebenarnya ni dengan Final Year Project gua. Jangan ingat gua simpan taman dalam hati pulak bila dengar lagu-lagu macam ni. Sengaja gua nak berjiwang-jiwang sikit, kasi hilang tensi. Dengan ini, gua tujukan lagu ni kepada... errr... mana-mana orang yang berkenaan.


Oh ya. Berbalik kepada isu Final Year Project gua,


...


... biarlah gambar menceritakan segalanya okeh.













Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

Anonymous said...

ko dah buat kesilapan besar sebab mention nama chuck norris! ARKHH SAPA TENDANG KEPALA AKU NI??!!