Saturday, October 23, 2010

Siapa yang ada lebih dari satu nombor telefon, take note.

Dulu, masa gua masih sebilik dengan abang gua, satu perangai abang gua yang gua tak gemar tengok ialah apabila dia pulang dari kerja.

Dia buka pintu rumah, tangan sebelah pegang telefon. Dia buka kasut kerja. Sementara melangkah dari pintu rumah ke bilik, telefon di tangan berbunyi. Mesej masuk.

Sebelum mandi, abang gua mencapai tuala sambil jari sibuk menaip SMS untuk dibalas kepada penghantar SMS yang masuk tadi. Selesai membalas SMS, abang gua masuk bilik air. Semasa abang gua tengah mandi, gua masuk bilik. Adik gua tengah main game. Gua tengok seluar dan barang-barang abang gua bersepah atas katil. Termasuk 3 biji telefon bimbit milik dia. Gua capai gitar. Duduk atas katil, main gitar dengan memakai tuala.

Sementara menunggu abang gua habis mandi, ketiga-tiga telefon itu berbunyi. Selepas satu, satu. Semuanya bunyi menandakan ada mesej masuk. Dari perempuan yang berbeza. Adik gua dah geleng-geleng kepala.

Tapi itu dulu. Sekarang, abang gua dah tak buat perangai macam tu (agaknya).

[ , ]

Tapi sampai sekarang gua masih terfikir. Apa agaknya perasaan perempuan-perempuan itu kalau tahu hati diorang dipermainkan sebegitu rupa?

Kesian. Kesian kalau perempuan-perempuan itu sama pendirian dengan gua.

Sebab bagi gua, gua tak suka dijadikan orang yang 'mengisi interval kosong' untuk orang yang 'selalu nak ada'. (fahamkan sendiri ayat ni)

Kalau benda macam ni terjadi pada gua, gua ambil pendekatan mudah.

[Alamak ada hal lah, tak dapat reply text u. Bye!]

*send*

Layanlah the other party tu sampai lebam.


P/s: Apa? Gua jeles dengan abang gua? Neyh~ Gua memilih untuk berdiam diri, sebab itu adalah cara terbaik untuk gua bagitau kat dia; Ikut suka hati kau lah. Hari ni kau mainkan hati orang, esok lusa baru kau tahu macam mana rasanya bila dah terkena dekat batang hidung sendiri.


Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: