Wednesday, November 17, 2010

Ayuh bercerita tentang makwe!! (lagi?)

Hai you allz. Hari ini, blog jiwang ni nak ceritakan pasal makwe. Iya, kerana blog ini blog jiwang, biarlah gua cerita pasal makwe, and again, and again. Tak suka? Pergi baca blog Anuar Zain.

Semalam, kawan gua ada bertanya; "Kau pernah tak, bermusuh dengan orang yang kau kenal, dan memang kau rasa menyesal kenal dengan dia?"

Jadi, gua dedikasikan entri ini untuk menjawab soalan kawan gua yang ini.

Here we go...




Nur Akmal Khamisan (sorry bitch, did I spell your name correctly?) adalah seorang yang cantik, manis, wajah lembut, suara halus, senyuman menawan, dan berak wangi. Semua ini adalah dari pemerhatian gua pada awal perkenalan kami. Orang tua kata, kalau dah suka, berak pun boleh jadi wangi. So fine, sebab gua dah suka kat Nur Akmal Khamisan, berak Nur Akmal Khamisan memang wangi masa tu. Walaupun gua hanya kenal Nur Akmal Khamisan melalui laman sosial Friendster. Tapi apa ada hal, kan? Kata orang tua tak pernah salah. Berak Nur Akmal Khamisan: wangi.

Pada masa itu, gua pada tahun dua di Unimas ini, dan Nur Akmal Khamisan di Pontian, masih bersekolah dalam tingkatan lima. Setelah beberapa hari berbalas komen di Friendster, pada suatu hari nombor Maxis gua menerima satu mesej. Gua tak ingat isi kandungan mesej tersebut, tapi setelah gua tanya berulang kali, barulah penghantar mesej mengaku, yang dia ialah Nur Akmal, kenalan dari Friendster. Katanya, dia dapat nombor gua dari laman tersebut.

Fine, gua tahu, memang gedik letak nombor telefon dekat laman sosial. Tapi kecuali Nur Akmal Khamisan, kawan-kawan lain ialah kawan lama gua. Tak ada strangers. Jadi apa ada hal nak letak nombor akaun RHB pun, kan? Now, lets continue.

Jadi, gua menyahut baik salam perkenalan dari Nur Akmal Khamisan, kali ini melalui telefon. Kami mulakan dengan berbalas SMS, sehingga kepada bergayut tengah malam, sehingga berbalas MMS dan macam-macam lagi. Cuma 3G je belum. Apa, 3gp? Nak kena tampar?

Seronok sangat gua masa tu. Terasa walaupun kami berjauhan, gua dapat rapat dengan Nur Akmal Khamisan dalam masa yang singkat. Nur Akmal Khamisan layan gua dengan baik, walaupun Nur Akmal Khamisan beberapa tahun lebih muda, dan kami, in fact, tak pernah berjumpa.

Sangat what the hell, kan?

Sehinggalah pada suatu hari, Nur Akmal Khamisan bagitahu kepada gua, yang dia sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati. Sudah lama, hatta sebelum kami berkenalan lagi. Lelaki itu jiran terdekatnya.

Of course lah, kau cantik, manis, wajah lembut, suara halus, senyuman menawan, dan berak wangi, mesti lah ada lelaki lain yang berminat, bukan? Jadi, gua yang pada awal memang tak letak harapan tinggi, beritahu kepada Nur Akmal Khamisan, yang gua tak dapat nak rapat-rapat lagi. Gua tak pernah kacau milik orang, jadi kalau boleh elak, gua elak. Sebab rasanya gua dapat faham macamana kalau hakmilik gua diganggu oleh orang lain. Tapi apa-apa pun, gua tetap berterima kasih kepada Nur Akmal Khamisan, kerana sekurang-kurangnya dia berlaku jujur, dan tidak berterusan bermain dengan hati orang lain.

Jadi sejak hari itu, kami mulai slow down. Gua dah jarang hubungi Nur Akmal Khamisan, dan Nur Akmal Khamisan macam biasa, sibuk dengan sekolah dan kekasih hati anak makcik sebelah rumah.

[ , ]

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari telefon gua menerima satu mesej. Dari Nur Akmal Khamisan. Bunyinya melankolik, emo, seakan-akan perlukan tempat meluah kesedihan. Setelah ditanya berkali-kali, barulah Nur Akmal Khamisan beritahu yang dia sudah berpisah dengan kekasih anak makcik sebelah rumah. Timbul rasa simpati, gua melayan segala kesedihan Nur Akmal Khamisan, memberi kata-kata dorongan supaya Nur Akmal Khamisan fokus pada pelajaran, jangan sampai tak makan, dan macam-macam lagi.

Dah macam abang-abang pula gaya gua kan? Cewaaaaahhh!!

Dan hubungan kami kembali hangat (sori, gua tak tau perkataan lain) dengan balasan SMS, bergayut tengah malam sambil cakap sembunyi-sembunyi takut room mate sebelah terdengar, dan berbalas MMS. Dan iya, sejak Nur Akmal Khamisan sudah tidak berpunya, layanan dia memang lain macam. Kali ini, gua dapat perhatian Nur Akmal Khamisan 100 peratus.

Pada suatu malam, sebelum kami menamatkan sesi bergayut tengah malam, Nur Akmal Khamisan sempat berpesan kepada gua yang dia bakal sibuk dengan peperiksaan percubaan SPM. Jadi sepanjang minggu itu, Nur Akmal Khamisan tak dapat hubungi gua seperti biasa. Gua kata, okay, dan good luck.

Petang keesokan harinya, tiba-tiba jari gua gatal nak SMS Nur Akmal Khamisan. Bertanyakan tentang peperiksaan pagi tadi. DanNur Akmal Khamisan reply;

"Awak sayang saya tak?"

Gua terkejut. What the fish is this? Tiba-tiba tanya soalan gedik bila orang SMS pasal pelajaran adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku, okay adik adik?

Gua cuma reply kepada Nur Akmal Khamisan; "Hah???" Dan tiada balasan dari dia selepas itu.

[ , ]

Pada malamnya, Nur Akmal Khamisan telefon gua. Nada cemas.


"Petang tadi ada mesej saya ke?"

"Ada. Kenapa?"

"Ish awak ni. Kan saya dah pesan, jangan kontek saya dalam seminggu ni! Yang baca mesej awak tu boyfriend saya lah! Dia pegang handphone saya sepanjang minggu ni!!"

Gua terdiam.

Okay, now, things got a little bit messy.



(...bersambung. Malas taip panjang-panjang. Baru saspen.)


Comments
5 Comments

5 orang tak puas hati:

miss_miserable said...

ni citer btulkn?hehe
-mai ajaks

miss_miserable said...

ni citer btulkn?hehe
-mai ajaks

miss_miserable said...

ni citer btulkn?hehe
-mai ajaks

miss_miserable said...

ni citer btulkn?hehe
-mai ajaks

miss_miserable said...

byk nyer tersend,ko delete r.mls nk delete.hahah