Wednesday, December 15, 2010

Hari ini hari Rabu kan? Pergi tengok wayang jom!!


Preview filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR), 2010

Updated 4.00pm: Sepatutnya 'review', bukan 'preview'. kah kah kah!!


Semalam, gua pergi temankan kakak-kakak gua ke 1 Utama. Nak cari baju renang lah, nak cari sarung tangan lah. Gua tak kisah sangat jadi driver mereka, kerana gua telah dijanjikan dengan satu perkara: "Nanti kita pergi la tengok wayang, cerita Hantu Kak Limah yang kau nak tengok sangat tu".

Yes!

Dan sebelum memulakan perjalanan, gua menghantar SMS kepada seseorang. Memang dia tak minta, tapi gua rasa adalah perlu untuk gua beritahu dia terlebih dahulu. Buatnya tiba-tiba dalam perjalanan gua eksiden dan terhilang ingatan, sekurang-kurangnya dia tahu, sebelum gua hilang ingatan, gua selalu ingat pada dia.

Cewahhh, romantik pula gua, kan? Pui!

Tapi dia tak reply pun. Ah, biarlah. Lagipun gua sudah hendak memulakan perjalanan.

Gua masuk ke dalam panggung dengan low expectation. Ramai juga yang sudah menonton beritahu gua, HKLBR tak best. Sebenarnya, gua pernah benci dengan filem-filem Mamat Khalid kerana bagi gua, unsur humor dalam filem beliau banyak yang mengarut. Zombie Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Mengambang, dan Man Laksa, semuanya bagi gua, adalah pembaziran dalam filem Melayu. Iya, filem-filem beliau ada mesej yang hendak disampaikan, tetapi durasi filem lebih banyak dihabiskan dengan kandungan melewah.

Jadi, gua tak mengharapkan penceritaan yang begus. Lagipun, inikan filem Melayu. What can you expect from Malay film industries? Kutipan box office RM20juta? Pui, Dr Rozmey!! Realistik lah sikit.

Gua jangkakan filem HKLBR ini adalah satu lagi satira Mamat Khalid, dan bukan filem berat. Sekadar hiburan rakyat, untuk kita meluangkan masa berkualiti dengan aktiviti riadah bersama ahli keluarga dan makwe.

Dan apa yang gua alami sepanjang durasi filem, adalah di luar jangkaan gua:



- Kakak-kakak gua tak kasi gua duduk di tengah. Antara kami bertiga, gua duduk di tepi. Dan hasilnya, seorang makwe duduk di sebelah gua dan gua terpaksa gelak dengan sopan. Memang gua tak jangka.

- Sebelum tayangan bermula, gua silentkan telefon. Tengok di skrin, masih tiada reply dari dia. Yang ini pun, gua tak jangka. Merajukkah dia dengan gua?

- Dalam filem ini, Awie jadi watak utama. Dah lama rasanya tak jumpa lakonan Awie sebagai watak utama. Last sekali gua tengok filem dia aritu, dia jadi mak nyah.

- Set pelakon Mamat Khalid adalah tipikal. Awie, Zami Ismail, Soffi Jikan, dan beberapa lagi pelakon berwajah kampung (watak Pak Jabit, Ucop, sekuriti). Trademark filem Mamat Khalid: natural. Tiada wajah komersial seperti Nora Danish atau Dafi AF. Dan Mamat Khalid gemar masukkan wajah anak dia dalam filem dia.

- Johan dan Soffi Jikan berjaya buat gua gelak tak henti-henti sampai makwe sebelah gua tak jadi nak gelak. Mamat Khalid berjaya masukkan unsur humor melalui dua pelakon ini.

- Kakak gua gelak sambil makan popcorn. Gelak tak henti-henti sambil kunyah tak henti-henti. Orang dah habis gelak pun, akak gua masih tak berhenti ketawa. Faham tak, betapa risaunya gua? Gua tak nak akak gua tercekik popcorn semasa filem baru separuh dimainkan.

- Siapa dapat kenalpasti watak Soffi Jikan sebelum kredit penghujung filem ditayangkan, gua tabik.

- Semasa babak Awie melagukan Cinta Kristal, gua keluarkan telefon, check jika ada SMS dari dia. Tak ada.

- Walaupun filem ini bergenre komedi seram, kadang kala gua rasa seram juga tengok hantu Kak Limah tu.

- Jika anda mahukan definisi senyuman comel, sila lihat Ummi Nazeera senyum dalam filem ini. Kalau boleh, gua nak suruh abang operator tu PAUSEkan sekejap setiap kali Ummi Nazeera senyum. Aww!

- Gua check telefon lagi. Masih tak ada reply dari dia.

- Dalam filem ini, turut ada hantu Nang Nak dan hantu kopek. Dalam bahasa lain, hantu kopek ialah hantu tetek. Ini adalah filem melayu pertama yang dapat pelepasan untuk tayangkan kopek. Tapi, kopek hantu lah. Bak kata Zami Ismail, "Panjangnya kopekkkk..."

- There's a phrase; "She's not fat, she's just big boned". And Avaa Vanja defines it best.

- Gua check telefon lagi sekali. Masih tiada reply.

- Di penghujung cerita, makwe sebelah gua kompelin kepada kawan dia: "I tak faham. Seriously, I tak faham". Gua rasa, ini kali pertama dia menonton filem Mamat Khalid.

- Ada satu ayat tok dukun Siam dalam filem ini, "Kito ingak kat ore, ore pung ingak kat kito". Selepas gua dengar ayat itu, gua senyum dan tidak lagi check telefon.

Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Anonymous said...

mal ko salah eja bagus

color on de'wall said...

2 kali ko menge-pui. gud job. :D

ijan said...

malam ni aku pergi tengok kak limah dengan bini baru aku...

kahkahkah...

Encik Akmal said...

kah kah kah!! ayat macam dah bini empat! aktif balik la bro.. lama dah tak blogging..