Kata orang, seperti juga kata Lucius Maximus dalam bukunya, Cerita Piala Dunia, bolasepak adalah salah satu alternatif bagi peperangan dan sengketa politik. Segala permasalahan antara kedua pihak dimanifestasikan di atas padang dan mewujudkan persaingan secara sihat tanpa perlu memuntahkan peluru dan bertumpahan darah.
Dan bolasepak juga, mungkin, ibarat mencurahkan minyak ke atas api. Mungkin, perdebatan pra-perlawanan antara kedua penyokong, corak perlawanan yang kasar di atas padang, dan keputusan pasca perlawanan mampu mewujudkan suasana yang lebih tegang antara kedua belah pihak. Seterusnya memulakan perang.
Jadi, antara penyelesaian, ataupun persengketaan, yang mana satu akan menjadi keputusan perlawanan sebenar antara Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan akhir AFF Piala Suzuki pada 26 dan 29 Disember ini?
Walaubagaimanapun, seperti yang kita sedia maklum, hubungan politik antara Malaysia dan Indonesia tidaklah seburuk seperti yang digembar-gemburkan. Semenjak kes kesilapan National Geographic yang mengatakan Tarian Pendet ialah warisan Melayu Malaysia dan seterusnya membuatkan Indonesia berang, Kuala Lumpur dan Jakarta sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mereka telah sepakat bahawa hubungan serantau dijaga rapi, dan pihak National Geographic telah pun meminta maaf atas kesilapan itu. Akan tetapi, masih ada segelintir pihak, terutamanya media dan forum Internet yang sengaja memperbesarkan isu ini. Lalu timbullah kembali isu Konfrontasi Indonesia-Malaysia, isu amah, isu lambakan pendatang asing tanpa izin, isu lagu Terang Bulan, Rasa Sayange, isu Ambalat, Pulau Sipadan, dan banyak lagi.
Mereka menuduh kita pencuri budaya dan angkuh, manakala kita pula dalam amarah menidas tuduhan, melemparkan tuduhan mereka pendatang, pembuat kacau, dan sebagainya.
Hal ini, seterusnya menyemarakkan lagi sentimen anti-Malaysia di kalangan penduduk Indonesia. Atau secara lebih tepatnya, penduduk kawasan pendalaman. Mereka telah disogok oleh pihak media, bahawa Malaysia adalah negara pasca imperialisme British, masih mengamalkan sifat kolonialisme, dan pencopet identiti dan tradisi negara republik itu.
Semuanya bermula dengan ganyang Malaysia. Atau Konfrantasi Indonesia-Malaysia.
[ , ]
Selepas British memberikan kemerdekaan kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan), Negeri-Negeri Tidak Bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu) dan Negeri-Negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang, Singapura) kepada kerajaan yang tidak berhaluan komunisme, dan seterusnya membentuk Persekutuan Tanah Melayu, Kalimantan pada masa itu dipecahkan kepada empat pentadbiran- Selatan Kalimantan oleh Indonesia, Kesultanan Brunei di Brunei, dan Sabah dan Sarawak yang ditadbir oleh British.
British yang telah mentadbir Sarawak dan Sabah semenjak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, berhasrat untuk memberikan tampuk pentadbiran negeri Borneo itu (termasuk meminta agar Brunei menyertai) kepada Tanah Melayu, dan seterusnya menubuhkan Kerajaan Malaysia pada 1961. Hasrat ini, bagaimanapun dibantah oleh Presiden Indonesia pada ketika itu, Soekarno.
Indonesia yang telah pun merdeka lebih awal, iaitu pada 1945 setelah dilepaskan pihak Belanda kesan dari Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, pada masa itu dipimpin oleh Presiden Soekarno, seorang yang anti neo-kolonialisme dan imperialisme yang cuba dibawa oleh British. Dia beranggapan, kemasukan Sarawak, Sabah dan Brunei ke dalam gagasan Malaysia adalah satu bentuk penjajahan pasca-perang. Seterusnya, ini membantutkan rancangan Soekarno untuk membentuk gabungan Mafilindo, yang menggabungkan Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Borneo (termasuk Brunei).
Bantahan ini seterusnya mewujudkan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Respon dari rakyat Malaysia yang marah, merusuh dan wujud sentimen anti-Indonesia, telah pun memburukkan lagi suasana. Lalu, Soekarno melancarkan pula kempen yang lebih agresif, iaitu Ganyang Malaysia. Beberapa siri serangan telah berlaku bermula pada 1963, dan setelah tampuk pemerintahan beralih tangan, barulah Ganyang Malaysia ditamatkan, dan perjanjian damai dibuat pada 1966.
[ , ]
Sehingga kini, masih ada lagi penduduk Indonesia yang membenci Malaysia, terutamanya mereka yang dimanipulasi wartawan tempatan. Menurut kenalan gua yang pernah belajar di Indonesia, jika di Malaysia kita disajikan dengan berita-berita pertelingkahan antara Israel-Palestin, Amerika-Iran, India-Pakistan, Korea Utara-Korea Selatan, di Indonesia pula, rakyat mereka masih disajikan dengan berita-berita buruk tentang Malaysia. Tentang amah-amah yang didera. Tentang permintaan kenaikan gaji pekerja Indonesia. Masih ada puak-puak yang ingin melaga-lagakan antara Malaysia dan Indonesia, meskipun selepas era Soekarno.
Termasuk di laman Youtube, video-video berkenaan pertembungan pasukan bolasepak Malaysia dan Indonesia. Rata-rata komennya berbaur kebencian terhadap sesama sendiri. Di forum apatah lagi.
Jadi, pertembungan antara Malaysia dan Indonesia adalah layak dinamakan satu 'derby', iaitu pertembungan antara musuh tradisi. Sama seperti pertembungan bolasepak antara pasukan Brazil-Argentina, Sepanyol-Perancis, Manchester United-Manchester City, Liverpool-Everton, dan banyak lagi. Semuanya, mempunyai sejarah tersendiri.
Dan sejarah itu, ditafsirkan di atas padang.
Jadi, gua mahu menyebut sekali lagi persoalan gua;
Antara penyelesaian atau pun persengketaan, yang mana satu akan menjadi keputusan sebenar perlawanan akhir ini?
Sama-samalah kita fikir. Yang pasti, jika mahu diangkat nama negara, jika mahu dijulang logo Harimau Malaya, jika mahu diangkat prestij Piala AFF Suzuki ini, bersama-samalah kita elakkan sebarang kemungkinan buruk. Jangan diteruskan provokasi, elakkan tragedi, simpan kerambit tu jangan bawa pergi Bukit Jalil, dan sokong pasukan negara masing-masing atas semangat sportsmanship serantau.
Peace. Love. Respect.