Saturday, February 26, 2011

Pelajar di universiti: Sejuk perut ibu mengandung, panas telinga bapak mendengar


Sejuk perut ibu mengandung kalau...


Padeli rajin. Hari-hari pergi kuliah, tak pernah ponteng. Setiap malam mesti tidur lewat sebab nak buat assignment atau ulangkaji pelajaran. Kalau ada seminar, ada talk, atau aktiviti kolej, mesti join. Kalau hari Sabtu Ahad mesti ada dekat library.


Padeli: Rajin, tidak berpura-pura dan beretika.




Tapi panas telinga bapak kalau...


Padeli gamers sejati. Hari-hari main game, laptop tak pernah padam. Setiap malam mesti tidur lewat sebab nak naikkan level sampai Godlike. Kalau ada budak-budak ajak match, Padeli mesti join. Dari Isnin sampai Isnin lagi sekali, mesti ada kat ruang tamu rumah, pasang extension banyak-banyak, lepas tu main game sampai muntah.



Chelsea di tempat pertama, bukti kehebatan Padeli bermain game bola





Sejuk perut ibu mengandung kalau...


Nani Wagimun telefon. Mak tanya khabar, lepas tu usik-usik, "Nani dah ada boifren ke?" Lepas tu Nani Wagimun ketawa gedik. Beriya-iya Nani Wagimun bagitau mak dia, boifren dia ni bagus, handsome macam penyanyi Indonesia, best student, wakil bolasepak universiti, aktif pidato, dan anak ketua kampung. Sebelum letak telefon, mak pesan "Lain kali cuti, bawak la kawan awak tu melawat kami kat sini. Nak jugak mak tengok macam mana rupanya". Nani Wagimun hepi.




Saat bercinta- Nani Wagimun bersama kekasihnya, Khairil Pattaporn, jejaka keturunan Siam




Tapi panas telinga bapak kalau...


Nani Wagimun telefon, kata dah tiga bulan dia tak datang period.




Nani Wagimun: Sedih tak terkata mengenang kebuasan Khairil Pattaporn, jejaka keturunan Siam





Sejuk perut ibu mengandung...


Bila dapat tau Mahyuddin dapat tawaran belajar kat Kolumpo. Dapat jalan-jalan pergi Time Square, Pavillion, KLCC, Petaling Street, Tugu Negara, Stadium Merdeka, lepas tu ambil gambar dengan kawan-kawan. Bila balik kampung, Mahyuddin bawa balik sourvenir keychain KLCC untuk abah. Boleh abah letak kat kunci motor abah tu, kata Mahyuddin lagi.




Mahyuddin bergambar di hadapan KLCC.





Tapi panas telinga bapak...


Bila dapat tau Mahyuddin ni rupanya selain pergi Times Square, Pavillion semua tu, Mahyuddin rajin juga pergi clubbing, minum arak dekat Bukit Bintang, pelanggan setia rumah urut dekat Sri Hartamas, seringkali sedekah RM30 dekat pelacur Brickfields, kaki pil kuda, lepas tu ambil gambar dengan kawan-kawan depan dapur ganja, sambil pegang lighter api kecik. Bila balik kampung, Mahyuddin bawa balik badan yang ramping berserta virus HIV.




Sejuk perut ibu mengandung...


Bila Amir Saipudin Wahub dapat berdikari, bekerja sambilan dekat universiti. Yuran-yuran, buku-buku semua Amir Saipudin Wahub sendiri yang tanggung, tanpa perlu minta kepada mak dan abah mahupun PTPTpu.



Amir Saipudin Wahub bekerja sambilan di gerai Pakcik Munawer




Tapi panas telinga bapak...


Bila dapat tahu rupanya Amir Saipudin Wahub aktif ber-MLM.




Amir Saipudin Wahub ketika memberi ceramah ajak orang join MLM. Semakin smart, berkeyakinan tinggi dan bijak menipu.





Sejuk perut ibu mengandung...


Bila dapat tahu Yaakob aktif dalam aktiviti-aktiviti universiti. Yaakob siap beli baju kot dan sediakan manifesto, sebab tak lama lagi, kata Yaakob, dia nak sertai pilihanraya kampus. Dia nak jadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Nak melancong pergi Korea katanya (yang Yaakob tahu, ahli MPP mesti ada peluang pergi luar negara). Boleh jumpa kumpulan Wondergirls.



Baguslah kalau nak berpolitik. Suara mahasiswa suara ketiga.





Tapi panas telinga bapak...


Bila lihat gambar ini dan rasa tak sedap hati.


Berita penuh *click*.


P/s: Agak-agak la nak berpolitik, der. Memang gua tak tahu cerita sebenar macam mana sampai boleh jadi cenggini sebab gua malas nak ambil tahu pun, tapi kalau kat universiti lagi dah perangai cenggini, cenggini la nampaknya gambaran masa depan politik Malaysia.

P/s/s: Nak jadi pemimpin, nak jadi leader, boleh. Tapi kalau boleh, jangan nampak sangat yang kita ni gila kuasa. Cenggini.
Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

sizuka said...

hye..i like ur blog ^_^..im new here..do drop by at mine~..thx