Gua nak perkenalkan sesuatu yang baru dalam blog ni untuk lu orang. Mulai sekarang, gua nak mula menulis tentang senarai benda-benda yang gua tak berapa suka dalam sesuatu situasi. Gua rasa benda-benda ini semua orang pun penah alami, tapi tak ramai yang perasan bahawa itu adalah sesuatu yang annoying gila. Malas taip panjang-panjang, lets get the ball rolling.
5 Benda Paling Gua Benci: Di panggung wayang.
1- Orang yang tak plan apa-apa sebelum beratur beli tiket.
Orang beratur sikit punya panjang ni, sekali depan lu ada mamat/minah yang nak beli tiket macam orang hilang ingatan.
"Eh, kita nak tengok cerita apa ni hah?"
"Tak tau, aku ikut je mana-mana, janji bukan cerita kartun orang putih tu"
"Kalau macam tu, kita tengok cerita Farid Kamil ni la. Farid Kamil hensem."
"Boleh jugak. Lagenda Budak Iblis kan? Aku dengar cerita tu best jugak. Eh, kita nak beli tiket pukul berapa ni?"
"Kita ambik tiket lewat sikit la. Aku nak pusing-pusing dekat Gardens sekejap, cari seluar ketat."
"Sekarang pukul 1.30pm. Kita ambik tiket pukul 4.15pm la, okey tak? Sementara tu, kita pusing-pusing la dulu cari seluar ketat. Aku pun nak cari seluar ketat."
"Eh, kita nak beli berapa keping tiket ni? Siapa lagi ikut?"
"Kejap, biar aku telefon Berahim Hitam kejap. Tadi dia kata, dia dengan Leman Jendul nak ikut jugak. Hello, Berahim..."
Gua, akak kaunter, dengan orang-orang belakang gua semua dah buat muka ketat. Tak sangka, dalam dunia ni ada lagi orang macam ni. Bodoh punya manusia. Kalau belum plan apa-apa, tak payah mengada-ngada nak beratur la deyyy!!!
2- Orang tak reti off telefon.
Padahal sebelum mula screening, awal-awal iklan Digi dah bagi amaran suruh semua orang matikan telefon. Tapi ada juga yang tak faham bahasa Melayu, buat tak tahu je dengan iklan tersebut. Gua tahu la, mungkin lu muka jambu, makwe lu jenis cemburu tak tentu pasal sampai lu nak tengok wayang dengan kawan-kawan pun makwe SMS setiap 5 minit sebab takut lu keluar dengan perempuan lain. Tapi at least, tolonglah, silentkan telefon tu. Ini setiap 5 minit, lu keluarkan telefon lepas tu menyebabkan orang-orang macam gua hilang konsentrasi.
Dan pernah dalam satu situasi, masa gua tengah tengok filem Remp-it tak silap gua, masa babak hero tengah merempit dengan motor RXZ dia, tiba-tiba brader depan gua keluarkan handphone. Lepas tu dia tengok gambar-gambar motor RXZ dia dalam handphone tu. Wadefak, brader? Nak tunjuk kat orang yang lu punya motor sebijik macam dalam filem ke? Pergi mampos!
Orang macam ni, kalau duduk sebelah gua, gua jeling je macam Kak Limah ni.
3- Tukang cerita.
Lu tengah syok-syok tengok cerita, tiba-tiba lu terdengar suara jantan lahanat mana entah, tengah sedap cerita dekat makwe dia.
"Haa, kalau you tak percaya, lepas ni you tengok la, hujung cerita nanti baru semua orang tahu yang rupa-rupanya perempuan tu adik kendung kepada lelaki samseng ni..."
Woi bengap!! Kot ye pun lu nak tunjuk pandai Sang Kancil lu depan makwe, tak payah la cakap kuat-kuat sampai orang lain dengar. Kan dah kena bengap. Yang makwe pun satu, tengok diam-diam tak boleh? Ini sikit-sikit tanya kat pakwe dia, "Eh you dah tengok cerita ni kan? Kenapa pulak jadi macam tu ye? Eh I tak faham la, cerita ni macam tak logik pulak kan?". Kadang-kadang gua rasa macam nak sumbat je mulut masing-masing dengan popcorn.
4- Brader meriah.
Lu orang ada tak kawan yang, bila ketawa mesti terjerit-jerit sambil hentak-hentak kaki? Atau tepuk-tepuk bahu? Tak ada? Pergi cari cepat. Sebab orang macam ni sangat seronok bila berkawan, kerana kalau lu orang buat lawak, orang macam ni lah yang paling hilarious sekali. Meriah suasana.
Tapi orang macam ni juga akan menimbulkan masalah bila di panggung wayang. Lebih-lebih lagi kalau tengok cerita Kak Limah. Dah la ketawa terjerit-jerit macam beruk, ditepuk-tepuk pula bahu member kat sebelah. Lebih teruk lagi, kalau dah sampai tendang-tendang kerusi orang depan.
Kadang-kadang boleh buat gaduh. Jauhkan orang macam ni kalau pergi tengok wayang. Kalau dia nak ikut, cakap je lu orang nak pergi masjid.
5- Mat ramas + Minah bodoh
Ini lagi satu kategori umat paling gua benci. Masing-masing dah tahu dalam panggung tu sejuk, tapi mesti salah seorang je yang bawa sweater. Lepas tu mula lah mengada-ngada nak berkongsi sweater. Padahal bukan sejuk sangat pun, cuma senang sikit mamat ramas nak buat kerja bila dah tutup dengan sweater. Minah bodoh pula buat tak tahu, sambil mata pura-pura pandang skrin. Bila cerita tamat, lampu pasang, masing-masing buat muka tak berdosa.
Sejak lahir gua tak pernah pergi clubbing sebab ustazah gua kata, jangan pernah sebumbung dengan orang buat maksiat. Hukumnya subahat. So fine, gua tak pergi. Tapi kalau dekat wayang pun maderfaker dua ekor ni buat maksiat, sama la jugak hukumnya dengan gua pergi clubbing, kan? Still, gua sebumbung dengan orang buat maksiat, kan?
Just go and get a room lah, bodoh!