Saturday, March 26, 2011

Ini entri reply kepada entri "Boikot Earth Hour!"



Kerana malas nak tuduh-tuduh, gua tak bagi link. Sila Google sendiri 'boikot earth hour'.


Okey sekarang di Malaysia, terdapat beberapa jenis-jenis Melayiu yang tengah 'top', antaranya:



1- Melayiu yang berfikir terlalu jauh ke luar kotak dan kaitkan segala benda dengan Illuminati,

2- Melayiu yang biasa-biasa, fikir apa yang logik dan dapat bezakan baik buruk,

3- Melayiu yang memang malas nak fikir benda lain selain video seks orang politik.



Lupakan pasal Melayiu yang ketiga, kita fokus kepada Melayiu yang pertama dan kedua sahaja. Lu Melayiu yang mana? Meh sini gua bagi situasi:


Abu baru ambil result SPM. Bila dia tengok slip result, dia terkejut beruk bila melihat dia dapat semua 'G'. Berdasarkan analogi situasi di atas, slip tersebut menyatakan bahawa:


a) "Abu, lu bebal belajar tak mau, so SPM lu semua PHAIL!!!"

atau

b) "Abu, by getting the G thou art hereby welcomed to Freemasonry. This is our famous logo:




G=Mason!






So? Lu Melayiu yang mana? Melayiu "think out of the box" yang power dapat bongkar tipu helah Illuminati sampai result SPM G pun lu kaitkan dengan konspirasi, atau Melayiu biasa-biasa sahaja?

Bagi gua, Earth Hour tiada kaitan kejadah haram pun dengan Illuminati atau konspirasi Dajjal. Jangan nak paranoid tak tentu pasal. Earth Hour adalah kempen kesedaran untuk orang ramai mengurangkan penggunaan tenaga bagi menghadapi kepanasan global. Dah menjadi kewajipan bagi kita untuk jaga ibu bumi kita ni. Memang tiada kesan signifikan pun, setakat padam lampu sejam je. Tapi kempen ini ialah sekadar simbolik kesedaran untuk kita bahawa our Mother Earth is nao furious so we hav to do somethin!

Tapi at least abang-abang "think out of the box" got a point. Jangan tiru sangat budaya barat yang menyalakan lilin beramai-ramai masa Earth Hour nanti. That's creepy, yo!


Okey okey, bagi tak mengecewakan abang-abang "think out of the box", ni gua ada satu assignment nak bagi kat abang-abang. Gua ada terjumpa satu gambar nasi lemak ni, tapi gua syak ada sesuatu yang tak kena dengan gambar ni. Abang-abang sila lah kaji rahsia konspirasi yang cuba disembunyikan dalam gambar ini:








HAHAHAHA U MAD NAO???





P/s: Walaupun gua sokong kempen Earth Hour, gua tak pergi kumpul beramai-ramai di dataran FSGK ini malam. Bukannya kerana gua pergi ikut orang-orang Illuminati untuk menyeru Dajjal, tapi gua tak pergi kerana gua demam. Haiz!


Comments
6 Comments

6 orang tak puas hati:

Hani Nabilia said...

sy rasa sy biasa2 je.....kalo semua bnde nk pikir iluminati...tak tau la...berterabur hidup...sbb simbol2 nye tu...sama dgn simbol2 biasa...ntah la...pening2...

Encik Akmal said...

kan kan?? haaaa.. bagus niat diorang ni, nak ingatkan kita pasal teori konspirasi, tapi kalau semua benda nak kaitkan dengan illuminati, sampaikan mesej yang baik pun nak di-interpret sebagai konspirasi, lama-lama semua ni takkan bawak kita ke mana pun.

Unknown said...

the greatest conspiracy is the conspiracy itself....because the conspiracy is purely conspiracy.... baca betul2 dan faham betul2... so sesapa yang mencipta conspiracy tu dah berjaya kerana orang2 dah mula paranoid... dan orang akan kaitkan mcm2 benda dengan canspiracy... secara tak langsung promosi percuma! (reverse psikologi betul la diorang tu)

apepun...sayangi bumi yang dah semakin tua.... korang bijak dan terpelajar dan tau mana baik mana buruk kan? dah tau nak kaji setiap maklumat yg datang rather than telan bulat2 maklumat yang disuapkan kan.... pinjam ayat pelawak popular...lu pikir la sendiri!....hahah

Encik Akmal said...

finally, the stalker has spoken.. hehe..

boleh dikatakan kita bertuah sebenarnya sebab ada jugak orang yang sanggup luangkan masa lapang untuk buat kajian2 ni semua. paling ketara bila diorang main dengan nombor. campur tolak tambah bahagi, dapat nombor 13 la, nombor 666 la.. dahsyat.

bagi sesetengah orang yang mungkin menyokong artikel yang mengaitkan Earth Hour dengan teori konspirasi, nak boikot pun, mesej earth hour iaitu JAGA BUMI KITA tu jangan diabaikan. tu je.

PuteraOhtraBulan said...

Brother-brother itu terlebih baca kitab ~freemanson & iluminity agaknya~.

Encik Akmal said...

@PuteraOhtraBulan: hahaha kalau ada brother yang dapat jumpa n kaji kitab freemason, memang gua respek!