Kepada kawan-kawan yang mengirim SMS raya, jangan kecil hati jika gua tak reply. Gua sebenarnya dah malas nak main SMS-SMS lagi. Gua tahu, lu orang fikir macam-macam idea nak tulis kasi SMS tu menarik, corak cantik-cantik, dan letak pantun kelakar-kelakar. Ada juga yang buat-buat tak letak nama di hujung SMS, dengan harapan gua tanya "Siapa ni ye?". Apa bangangnya skil.
Tapi entahlah, gua tak rasa nak reply. Cuma bangun pagi tadi baru gua ada mood nak reply. Itu pun lepas gua terjumpa telefon gua bawah katil.
Tapi malas nak reply guna SMS. Gua nak guna blog. Kalau reply guna blog, kredit telefon gua tu dah boleh guna ke lain. SMS "Hai tengah buat apa?" kepada Neelofa, contohnya.
Di bawah ini ialah reply gua untuk semua SMS kepada dua-dua nombor telefon gua:
"OK"