Friday, September 23, 2011

Facebook new feature, introducing Timeline? Seriously, Mark Jewkerberg?


Okay this is great. Or not.



Petang tadi gua ada terbaca tentang pembaharuan baru yang akan diperkenalkan oleh Facebook, iaitu tentang Facebook Timeline. Khabarnya, sahabat baik gua iaitu Mark Zuckerberg dah pun bentang hal ni di Facebook f8 Conference, San Francisco.

Apa itu Facebook Timeline?

Okey kalau sekarang ni di profile kita, apa yang kita lihat ialah kehidupan kita pada 5 minit yang lalu, Facebook Timeline pula mengubah profile kita menjadi paparan peristiwa sepanjang hayat kita, semenjak kita lahir.


"Power la kau. Baru lahir dah ada Facebook. Siap upload gambar!"


No seriously, this is what Zuckerberg's team had been working all year on this new feature. The whole story of your life in a single page.


Pada mulanya gua pun excited nak cuba try test tengok benda-benda baru ni, dengan sedikit tunjuk ajar dari TechCrunch. Dan ini hasilnya. Memperkenalkan, Facebook Timeline.











Ini ialah header. Dah macam Blogger pulak boleh letak header segala. Kalau gambar resolusi kecik, memang dia jadi pecah macam ni sebab gambar automatically fully stretched. Frame header tu fix, tak boleh ubah. Perhatikan pada belah kanan. Dari 'born' sampai 'now' yo!










Ini pula ialah bawah header, atau gua panggil upper body. Kat sini lah tempat untuk post segala status, gambar, dan amarah. Sila perhatikan belah kanan tu, itu ialah recent activity. Jangan risau, semua tu boleh sorok.










Ini pula ialah body untuk bulan Ogos. Perasan tak garisan tengah-tengah di sepanjang profile gua ni? Okay garisan ini ialah 'Timeline' yang dimaksudkan. Let say, bulan Ogos hari tu gua baru habis program intern dekat satu company ni, so dia akan letakkan benda tu di profile gua. Begitu juga dengan event-event lain. Dah faham konsep Timeline kan?










Ini summary for the whole year of 2011. Yeah, you stalker can have a good time reading all my posts, or activities. Siap event lepas-lepas yang orang invite tu pun ada. Nice lah.



(Oh yang bahagian 'Likes' tu, abaikan. Gua gurau je tu.)






See? Tarikh gua join Facebook pun ada. Siap kantoi lagi siapa orang pertama yang post kat wall gua. Cool stuff, eh?









And this one you can find at the very bottom of your profile, iaitu pada tarikh lu orang dilahirkan. Kalau lu orang ada gambar masa kecik-kecik rambut belum tumbuh, dah boleh letakkan kat sini. Lepas tu orang boleh komen "Oh comelnya engkau, tapi kenapa sekarang dah macam resaksa!" atau sekadar klik 'like'.


Jadi yang letak tarikh lahir tahun 1902 tu, pandai-pandai lah betulkan balik kalau taknak rasa diri lebih tua dari Hamid Gurkha.


Okay that's it.



Kesimpulannya? Ahli politik tak perlu gusar lagi kalau video seks mereka tersebar melalui rakaman CCTV. Anda dirakam bersama pelacur China pada tarikh sekian-sekian? Jangan risau, anda ada Facebook Timeline sebagai alibi. kah kah kah!


Okey gua gurau je lah.


Bagi gua, kalau Facebook tukar homepage sikit orang dah sesat-sesat tak jumpa profile sendiri, gua rasa feature baru ni lebih menyakitkan hati. Interface bersepah dengan button sana-sini. Nak ubah saiz display picture (DP) pun tak dapat. Dan Timeline lebih fokus kepada kisah-kisah lampau yang gua rasa kalau orang tengok pun sakit hati. Dulu kau bercinta dengan makwe mana, dulu kau post status maki-makian untuk siapa, dulu kau keluar berjimba dengan jantan mana, orang dah taknak ingat balik semua tu. Jadi bagi gua, gua tak berapa suka dengan feature baru ni. Mungkin ini perubahan besar yang merugikan Facebook sendiri.



P/s: At the end of the day, Illuminati wins. All of your information is in their database now. Ready to get your mind controlled. Muahahaha!!!



Okay okay i keed.

Comments
2 Comments

2 orang tak puas hati:

J.Syazwana said...

apesal macam complicated je. grrrr. tak suke. hahaha

Encik Akmal said...

kannnnnnn!!