Saturday, January 24, 2015

2015

Lets just skip 2014, and start fresh in 2015, shall we?



Sorry lah lama tak update.

Okey.

Sekarang, abang selalu kena ikut bos abang pergi meeting.

Siang tadi, kami kena jumpa vendor. Untuk apa, itu tak perlu abang terangkan.

Ini kali pertama abang jumpa senior finance manager yang ini. Turut serta ialah regional manager dan senior sales manager mereka.

Masa melangkah masuk ke dalam bilik meeting, abang tengah bawa sebuah kotak. Lepas sahaja abang letakkan kotak atas meja, abang hulurkan tangan kepada finance manager tadi.

"Encik Akmal..."

Abang memperkenalkan nama abang dan kami berjabat tangan sambil dia membalas dengan namanya pula.

...

......

........

"Pundek, apahal aku kena sebut 'encik' pulak tadi? Formaliti tu takpe, tapi macam mana aku boleh tercakap 'encik' pulak?"

Ujar abang dalam hati.

Sial la, harap dia salah dengar, dia ingat abang orang Kedah dan abang kata "Nama ceq Akmal".

Tapi rasanya tak. There were like 3 seconds of awkward silent before he finally broke it with even weirder question:

"Korang ada kalendar kuda?"

"Haaahh?"

Abang tercengang.

"Kalendar kuda, kalendar kuda. Yang gantung kat dinding tuu"

"Ohhh. Tak ada. Selalu supplier bagi kalendar meja je."

"Hah, nah. Ini kitorang punya kalendar kuda."

Abang harap abang seronok bekerja dalam bidang ini.
Comments
1 Comments

1 orang tak puas hati:

Anonymous said...

nak bisjut