
Pada suatu hari yang aman, sedang gua bukak laman web Chelsea FC untuk meng'ushar' jersi terbaru pasukan, tiba-tiba...
***Bunyi telefon,Lagu Eminem***
"Hello, ini Mohd Akmal ke?"
"Ya, saya."
"Saya Wilbert, dari Jabatan Kesihatan Kuching. Kamu penumpang pesawat AK5210 KL ke Kuching ke aritu?"
"Ya. Kenapa ye?"
"Saya nak tanya, kamu sihat tak? Ada tanda-tanda demam, batuk-batuk atau sakit tekak tak?"
"Err...langsung tidak. Kenapa ye?"
"Sebenarnya, salah seorang penumpang penerbangan tu telah dijangkiti selsema babi. Jadi, kalau kamu rasa tak sihat, sakit tekak atau batuk-batuk, sila pergi dapatkan rawatan segera ye."
"Baiklah."
Celaka. Siapa la nak gurau kasar dengan gua ni? Agak-agak la sikit. Tak tahu ke benda ni isu hangat sekarang? Lagi nak buat main-main.
Gua sambung online, tengok jersi terbaru Chelsea.
Tiba-tiba lagu Eminem berkumandang lagi. Mak gua telefon.
"Hello Mai. Sihat tak?"
"Hah? Oh sihat je.Nape?" Kenapa semua orang tanya tentang kesihatan gua arini?
"Tadi Pegawai Kesihatan Kuching telefon rumah. Dia tanya pasal Mai. Abah bagi la nombor telefon Mai kat dia. Katanya, ada seorang penumpang dah kena H1N1."
Demmit. Bukan gurau rupenya. Nasib baik masa flight hari tu gua pakai mask. Tapi akak pramugari tak pakai mask. Nak tunjuk kecantikan la tu!!!
MonoLamka: Tapi gua risau jugak kat akak pramugari. Agak-agak akak pramugari sihat tak?