Friday, June 4, 2010

Siri misi kemanusiaan ke Kuala Kangsar Episod 3: Penginapan 1 malam.

Kepada yang terlepas episod sebelum ini, sila klik pada header blog ini dan sila baca entri yang bawah-bawah. Dan kalau anda sedikit pening memikirkan apakah makna 'header blog', saya sarankan supaya anda klik sahaja link di bawah ini:



Walaupun link ini kelihatan macam link nak download cerita, tapi anda jangan risau. Tak payah download pun. Baca je.


*ok ok gua nak sambung ceritalah ni!*




Sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Kangsar, Daus ada memberitahu saya;


"Malam ni kita tidur rumah kakak aku kat Chemor. Jadi kita dah berjaya jimat duit untuk penginapan 1 malam kita. Boleh save duit company, kan?"


Bagi yang belum ada pengalaman, perlulah saya nyatakan di sini bahawa ayat 'penginapan 1 malam kita' adalah tidak seksi apabila kita bersama dengan kawan lelaki.


"Betul jugak tu, abang iparku! Itulah nilai integriti yang dititikberatkan oleh company kita!"


Saya menjawab dengan yakin.


"Apahal lak panggil aku 'abang ipar'? Ingat dapat?"


Kata Daus penuh bongkak sambil menekan-nekan skrin alat GPS dan menetapkan destinasi ke 'Stesen Keretapi Chemor'. Saya terdetik juga untuk menukar destinasi ke 'Pejabat Urusan Dr. Rozmey' dengan niat mahu bergurau senda dengan Daus, tapi oleh kerana hari sudah gelap, saya batalkan sahaja niat saya itu. Risau juga saya jika Daus terpaksa tinggalkan saya di tepi jalan akibat bergurau tak kena masa.





Gambar hiasan: Dr Rozmey bersama produknya. Entah yang mana satu.


*okey okey, sambung balik cerita.*


Pada jam 0200 waktu askar, kami selamat tiba di Chemor, walaupun beberapa kali hampir diperdaya dengan alat GPS yang kadang-kala berlaku nakal. Kakak Daus (secara automatiknya bakal kakak ipar saya juga) menyambut kami di depan pintu. Setelah parkir di hadapan rumahnya, kami segera menerpa masuk ke dalam rumah.


"Itu je ke barang ko?"


Tanya Daus kepada saya setelah melihat saya hanya membawa beg silang masuk ke dalam rumah.


"Ye lah."


Jawab saya ringkas sambil membuka zip beg. Saya lihat ada sekeping buku laporan Latihan Industri saya, kunci motor, dan alat pengecas bateri.













Suasana pada pagi itu senyap sunyi.

Dan sayup-sayup kedengaran suara saya yang memarahi diri sendiri:












"Ini je aku bawak? Esok aku nak pakai baju apa, setan?"


(bersambung...)
Comments
0 Comments

0 orang tak puas hati: