Wednesday, November 24, 2010

Sambungan cerita makwe yang aritu.

Entri ini adalah sambungan pada episod sebelum ini.

Sedutan episode lepas:

"Petang tadi ada mesej saya ke?"

"Ada. Kenapa?"

"Ish awak ni. Kan saya dah pesan, jangan kontek saya dalam seminggu ni! Yang baca mesej awak tu boyfriend saya lah! Dia pegang handphone saya sepanjang minggu ni!!"

Gua terdiam.

Okay, now, things got a little bit messy.


Nur Akmal Khamisan menamatkan panggilan dengan nada marah. Tidak puas hati. Gua pula, masih bingung. Terkejut, marah, sedih, bengang, semua bercampur baur. Gua tengok balik SMS yang gua balas kepada balak Nur Akmal Khamisan sebentar tadi. Nasib baik gua tak balas ayat jiwang-jiwang. Kan gay jadinya bila jantan tu baca.

Celaka, gua dah kena main dengan budak Tingkatan 5!

Gua capai telefon. Gua taip SMS.

[Sorry, saya tak tau pun yang awak dengan dia dah berbaik... :( ]

Walaupun gua rasa marah, tapi kenapa gua minta maaf? Sebab gua nak tengok reaksi dia. Dan dari reaksi dia itulah nanti, yang menentukan tindakan baik buruk gua selanjutnya. Beberapa minit selepas itu, telefon gua bergetar. Nur Akmal Khamisan reply.

[Ish... Macam mana ni? Dia tengah bengang gila dengan saya tau tak? Saya SMS satu pun tak balas, saya call pun dia tak nak jawab.]

Ya, itulah reaksi Nur Akmal Khamisan, nampak tak? Gaya penyampaian Nur Akmal Khamisan, langsung tidak rasa bersalah dan tiada satu pun penerangan dari Nur Akmal Khamisan tentang status hubungan yang dia cuba sorok dari gua selama ini. Memang gua tak tuntut, tapi Nur Akmal Khamisan sepatutnya terangkan sendiri pada gua tanpa perlu gua soal. Yang Nur Akmal Khamisan sibuk fikirkan sekarang, ialah kekasih hati dia.





"Aku bagi dia pilihan dowh... aku bagi dia pilih, explain kat aku, atau balak dia.. Dia pilih balak dia dowh..." (video dan dialog tiada kaitan)



Baiklah. Dari reaksi dia, gua dah buat keputusan. Gua taip.

[Sekarang saya rasa bersalah gile2.. Takkan lah sebab saya, awak dengan bf awak tu nak perang besar lagi. Lagipun, awak kan tengah exam sekarang ni. Bagi sini nombor dia. Biar saya try explain kat dia. Awak, fokus kat study dulu]

[Gila? Nanti lagi teruk jadinya. Tak perlulah awak contact dia!]

[Jangan risau, saya tahulah macam mana nak handle]

[Errmmm... Sure?]

[Yes.]

[0137xxxxxx. Pesan kat dia, tolong jawab panggilan saya tau!!]

[Baik. Sorry ye... Now, focus on ur study first]

Selesai. Nombor telefon gua dah dapat. Tanpa lengah, gua terus taip mesej.

[Salam bro. Ni Akmal, kawan Nur Akmal. Sebenarnya, dah berlaku salah faham. Aku dengan dia tak ada apa2 pun, just kawan biasa je. Aku mesej ni pun sebab nak elokkan keadaan]

Elokkan keadaan my ass. Gua mulakan ayat seperti gua ni watak baik. Dan reply pertama yang gua dapat dari balak Nur Akmal Khamisan ialah;

[Fuck]

Settle. Dari satu perkataan itu, gua dah dapat tau, balak dia ni jenis mat rempit bibir tebal yang pakai baju kolar naik atas, naik motor tak pakai helmet, rambut pakai gel, pakai bangle, kalau jalan berjengket, kalau duduk kaki sebelah letak atas dan gagal dalam subjek bahasa Inggeris masa SPM. Itu pun ada hati nak mencarut dalam bahasa Inggeris.

Gua biarkan. Hati tengah panas, tak boleh manipulasi sekarang.

Selang beberapa minit, satu lagi SMS masuk.

[Bangsat, lu tak payah nak tunjuk baik. Gua kenal dengan dia dah 4 tahun, gua kenal sangat dengan perangai dia. Bukan lu sorang je la cibai, dah ramai lelaki cuba nak ayat dia. Gua pun lelaki la, gua tau apa lelaki nak. Lu tak payah nak mesej2 gua, nak tunjuk baik!! Fuck la!!]

Kau kenal dengan awek kau 4 tahun? Gua baca, gua senyum. Baiklah, gua kena pertahankan diri sendiri. Gua SMS;

[Bro, awek lu tu, jenis betina tak baik. Dia cakap dengan gua, yang dia dah putus dengan lu. so, gua layan je lah. Gua tak kacau gf orang. Titik. Lagipun, gua dah ada gf la bro... Takde maknanya gua nak ngorat awek lu tu.]

Gua terpaksa menipu dengan mengatakan yang gua dah ada kekasih. Dan yang lebih penting, gua dah terangkan kepada mat rempit tu keadaan sebenar, dan posisi gua yang tak bersalah. Dan selang beberapa minit lagi, telefon gua bergetar lagi. Ada mesej masuk.



[Woi, turun la, main bola!!]



Celaka. Tengah gaduh-gaduh macam ni, tiba-tiba si Faiz boleh pulak SMS ajak main bola.


(bersambung lagi....)
Comments
4 Comments

4 orang tak puas hati:

Adib said...

haha..gurl mcm tu..mst selalu perasan dier hot kan..padahal dier yg gedik2 ngn org..

Anonymous said...

name pompn dlm video tu kn,kalo xsilap aku,maisarah..sharifah maisarah kot..haha.aku penah terdapat stalk fb die..hehe
-mai

bullshit said...

bes skrg pointny,ko trun men bola x rtu?

Encik Akmal said...

@ms. Teddy: definitely. Dia belum kenal orang lagi.

@mai: kah kah kah!! maisarah=ko? ish.. ko jangan macam2 mai...

@izzati: mesti la main. petang2 tak main bola, nanti mama aku marah pulak..