Saturday, March 28, 2009

Kenapa gua tertarik dengan benda cantik? Adakah gua pondan?

Jangan kisahkan sangat tajuk entri tu. Makin dibaca makin keji bunyinya.

Okey selain dari banyak kerja (kerja=assignment & projek) sebagai pelajar yang perlu dilaksanakan bila akhir penghujung semester macam ni, gua rasa dah tak ada alasan lain yang dapat menerangkan betapa sibuknya gua pada minggu ini. Buktinya? Gua tak update pun blog ni,kan?

Okeylah sebenarnya gua tak sibuk pun. Buktinya?

Doraemon Movie 2008
Code Name:The Cleaner
Forgetting Sarah Marshall
See You After School
Blades of Glory
Walled In
V for Vendetta
Fool's Gold
Far Cry
Green Street Hooligans
Lets Go To Prison

Dan banyak lagi movie yang mungkin gua tertengok sepanjang minggu ni.

TERtengok.

And then I realized that Kristen Bell in Forgeting Sarah Marshall (FSM) is a really hawt blonde.



Her eyes made me feel like "Oh keep your mouth shut. Your eyes already explain it". And after the movie I decided to google her picture and save it as my wallpaper. Oh the review. FSM is a movie with a scene where a guy standing naked in front of his girlfriend showing his junk and then crying after being dumped. Need I say more? Its a turn off!!

Ah ni apehal cerita pasal awek orang putih, tak pasal-pasal keluar bahasa Jawa Barat gua ni?

Sambung cerita. Gua pun bagitau kat member tentang niat gua nak google gambar Kristen Bell tadi. Kawan gua yang berbudi pekerti ini pun respon:

"Dari kau cari gambar perempuan tu, baik kau cari wallpaper yang ada tulisan jawi, ditulis "Allah" kat wallpaper tu. Ingat Mal, itu semua dunia. Tak penting. Akhirat lagi penting."

Gua terpegun.

Tak terkata. Speechless. Terbebek. Terkesima.

Sebab kawan gua tu namanya Leo.

Leo Baillomee.

MonoLamka: Nasib baik kawan lagi sorang, Mis Von Erich tak ada masa tu. Kalau tak, "Double Kill" gua kena malam tu..

Friday, March 20, 2009

Sebab gua tengok orang putih makan burger masa sarapan

Lu orang pernah tak bangun pagi-pagi dan terasa perut sangat kosong dan perlu di'refill'? Kalau lu orang tak pernah, itu bererti lu orang tak dapat memahami perasaan gua yang selalu bangun pada setiap pagi dan mula buat muka zombie lapar. Tapi zombie gua ni bukan versi Zombie Kampung Pisang punya. Ni zombie Resident Evil yang ganas, makan orang, muka comot dan sedikit berbau. Gigi pula tajam dan tidak digosok. Amacam, ganas kan?

Nak dijadikan cerita, gua pun mula merangka jadual diet baru yang lebih mapan dan mantap.


Strategi gua camni. Waktu malam gua akan beli makanan berat dan seketul burger. Makanan berat tu gua akan makan sebagai dinner. Encik Burger pula gua akan simpan untuk dimakan pada keesokan paginya, sebagai batu penghalang kepada transformasi gua menjadi zombie busuk. Basi? Ah, perut gua dah lali dan immune. Dan sebagai langkah ekonomi, gua tak ambik lunch. Gua makan cakoi SEDAP pada waktu petang. Baru 30 sen seketul.

"Eh, burger? Kenapa tak beli roti je, duhai Akmal?". Gua dah agak mesti soalan itu yang bermain di kotak fikiran lu orang, kan? Gua bukan ape. Menjadikan burger sebagai motivasi untuk gua meninggalkan Encik Katil adalah satu langkah yang bijak. Cuba lu orang bayangkan, antara sekeping burger dengan sebungkus roti yang perlu disapu kaya, mana satu yang boleh dimakan dengan kadar segera? Mana satu yang boleh membuatkan lu orang hilang pedoman, tak senang berada di atas katil, asyik memikirkan bagaimanakah rasanya, dan ingin segera bangkit untuk melahap dengan selera?

Hari pelancaran pelan baru diet gua. Gua beli mee goreng dan seketul burger. Leo dan Erich berasa pelik dengan nafsu makan gua. Fikir mereka, gua dirasuk 'Jin Lapar' dan perlu disuap banyak makanan. Balik dari kafe, dengan perasaan bangga gua letak burger gua kat atas meja ruang tamu. Gua kunyah mee goreng dengan sopan. Sambil kami makan, Leo dan Erich jeling-jeling kat burger gua, tapi gua buat-buat tak perasan. Syok la tu kat burger gua!

Habis makan, gua masuk bilik meneruskan 'aktiviti murni gua sebagai seorang pelajar'. Tepat jam 1, gua tidur. Leo dan Erich masih gagah meneruskan 'aktiviti sebagai pelajar' mereka.

Jam pukul 6am. Gua terbangun dari tidur. Macam biasa, perut mintak refill. Gua dah mula membayangkan keenakan dan kelazatan rasa seketul burger. "Kalau kat rumah ni ada microwave oven, tentu lebih mantap burger kesayanganku itu", fikir gua di atas katil sambil mula membuat gaya nganga mulut seperti mamat Cina dalam iklan Prosperity Burger Mekdi.

Gua bangun dari katil. Sempat berjoget sedikit tanda gembira untuk bertemu dengan burger tersayang. Tiba-tiba hati gua teringat akan henpon gua yang berada di meja belajar. Mana la tau kalau ada awek-awek yang mesej gua lepas gua dah tidur. Oh ada 1 mesej. Gua jadi bertambah excited. Gua bukak mesej dan baca.


Message: Aku ternampak ada budak makan burger ko tadi. Aku tak tau siapa.
From: Leo
Time: 5.00am


Gua terduduk di atas katil. Terkesima. Terkedu.

Sejak kejadian itu, pelan baru gua berakhir serta merta.


MonoLamka: Tak guna Leo Erich. Tapi salah aku jugak. Dapat cari tak kesalahan aku? Aku dah bold kan kesalahan tu di atas dengan warna merah.

Thursday, March 19, 2009

Upgrade #001- Agak jakun, jadi mahu terus cuba.

Lu orang nak tengok magik tak? Gua ada belajar benda baru ni. Sila klik kat bawah ni...

Tadaaaa!!!!
Amacam, canggih tak magik gua? Terima kasih kepada Brader Marzuki yang telah mendewasakan gua dalam seni ber'blogging' ni. Juga kredit kepada Akak Eriyza kerana telah share sesuatu yang menarek. Pasni boleh la gua bercerita dengan lebih panjang dan berhemah. Huahuahua...

MonoLamka: Tapi pening sikit la nak buat. Nasib baik Structured Programming gua dapat A. Tapi gua malas nak kecoh, nanti orang kata gua riak pulak. Eh?

Tuesday, March 17, 2009

Menjawab Tag #001. Jangan risau, gua takkan tag lu

Hai! Kita jumpa lagi setelah sekian lama gua tak update blog ini.

Eh, bukan baru dua hari lepas ke gua update? Takpe lah, gua tau ramai yang menunggu kehadiran entry terbaru gua. Siapa setuju sila angkat tangan. Gua nak kira bulu ketiak.

Okey gua faham, gua faham. Memang tak ramai.

Ah lantaklah. Sebenarnya kali ni gua nak memenuhi hasrat orang yang sewenang-wenangnya men-tag gua. Tak sangka pula, blog gua baru berusia sebulan lebih dan masih suci dah kena tag. Gua ingat nak kekalkan rekod 'bebas tag' sampai umur gua mencecah usia mumia.

Tapi nampaknya gagal. Sebab kalau tak jawab nanti orang yang tujukan tag ni tak bagi gua jumpa dengan Madhihah kesayangan gua pulak. Jadi sila baca.



Rules :

A. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

B. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Akid Madhihah adalah kesayangan gua. Blog beliau ini disenggara oleh mamanya iaitu akak ipar gua.

C. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

Ni orang-orang terdekat gua pun tak tau ni.

- Fakta: Gua ada kembar semasa gua masih dalam kandungan. Tetapi semasa dilahirkan, hanya suara tangisan gua yang berjaya memecah keheningan 2.13am di wad bersalin HBKL pada 13 Februari 1988. Kalau kembar gua masih ada, mungkin dia akan kelihatan seperti ini, bersama kembar Leo dan kembar Erich.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!!!

- Fakta: Dewi Sandra adalah seorang artis Indonesia yang baru sahaja memenangi hati gua. Jelita bangat sih...


- Fakta: Gua sayang Akid Madhihah. Akid Madhihah sayang gua.

- Fakta: Gua suka nasi lemak. Nasi lemak pun suka gua. Tapi makcik yang berniaga nasi lemak selalu senyum kat gua. Gua serba salah.

- Fakta: Gua suka sepak bola. Bola pun suka disepak oleh gua. Tapi bola itu susah nak pergi ke pintu gol. Tak tahu kenapa.

- Fakta: Gua suka pintal rambut.

- Fakta: Gua memang ganas. Contohnya, bila nampak lipas, kumbang, katak, dan tikus, rilek sahaja gua lari laju-laju.

- Fakta: Gua merupakan anak kelima dari 6 adik beradik.

- Fakta: Dan gua kelihatan seperti anak bongsu.


Okeylah dah cukup 10. Sengaja gua tak letak list ini bernombor. Lu orang tak payah lah sibuk-sibuk kira, sebab memang 10 tu gua bagi. Ingat nak bagi lebih, tapi nanti lu orang kata gua riak lak. Mintak 10 bagi 20, ape kes???


D. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

Sekarang gua telah diberi amanah untuk menujukan tag ini kepada sesiapa. Dan dengan amanahnya, gua nak hentikan tag ini di sini. Tak senonoh betul la, sebab bukan ke sekarang tahun 2009? 2008 Cute's Blogger Award? Owhoo...

E. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag, sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda".

Oh yang ini pun gua tak sanggup nak laksanakan. Award tahun lepas la.


MonoLamka: Susahnya jawab tag. Nasib baik gua ada refer kat blog kazen gua cara-cara menjawab tag. Mekasih ye Ijan!

Sunday, March 15, 2009

Apa cerita, Setan Merah?

Malam ni ada pertandingan orang berebut bola dekat England. Gua tak tau kenapa ramai orang suka tengok orang bermain perlawanan berebut bola dekat England ni. Gua ikut je minat. Follow the flow. Tapi Team Biru tak main malam ni. Player Team Biru masih rilek malam ni, ngorat-ngorat bini yang sedang memasak di dapur.

Selalunya, semua (perkataan 'semua' digunakan apabila orang-orang di sekeliling kita adalah kebanyakannya peminat Setan Merah) peminat Setan Merah akan berbunyi lepas setiap perlawanan. Biasalah, bila dah menang. Macam-macam ayat memuja yang gua @ kita akan dengar, seolah-olah ingin menjemput kita semua meminati Setan Merah. Keristiano gol cantik ini macamlah, Runi shoot 1 touch sikit lagi nak gol lah, itu lah, ini lah. Tapi tu semua bila dah menang. Biasalah.

Tapi malam ni semua senyap.

Kenapa mendiam, wahai korang? Gua tak tengok perlawanan orang berebut bola tadi, jadi gua tak tau kenapa. Apa cerita kat Old Trafford sana? Berbaloi ke menonton?

MonoLamka: Pada masa inilah, semua keegoan akan dibuang dan disaluti dengan rendah diri untuk meraih simpati. Dan kita akan dengar ayat "biasalah, adat pertandingan kalah-menang".


Saturday, March 14, 2009

Hari-tiada-kawan sedunia

Gua bangun pagi, tengok room mate gua dah takde.
Satu perkara ajaib yang jarang berlaku di bilik gua, rumet gua bangun pagi dan menghilang tanpa dikesan. Selalunya beliau akan tidur sampai ke petang dan kemudian bangun untuk makan.

Gua pergi bilik sebelah. Gua try ketuk pintu sambil mengajuk bunyi budak yang selalu ketuk pintu bilik senior depan bilik gua.

Kalau dibaca bunyinya begini: Niiiiiiikkkkk!!!!

Tapi gua tukar vokalnya sedikit supaya tidak kelihatan menyindir. Ketuk punya ketuk, tiada jawapan. Tiba-tiba gua teringat akan kunci bilik sebelah yang diamanahkan kepada gua oleh Leo. Gua buka pintu, dan mendapati kedua-dua mereka, Leo dan Erich tiada.

Tiba-tiba gua teringat cerita Spongebob Squarepants yang Leo ceritakan kat gua (sumpah gua tak pernah tengok Spongebob!), di mana Patrick bangun pada suatu pagi dan mendapati semua orang tiada. Tujuan Leo ceritakan pada gua adalah untuk mengajuk kembali suara kebodohan Patrick semasa dia bangun dan berkata: "Where is everyone?"

Jadi gua merasakan mungkin mereka ingin mengaplikasikan kejadian dalam cerita itu ke atas gua. Amat tidak matang. Tapi gua layankan aja. Dan kerana suara gua tidaklah semerdu suara Patrick, gua SMS mereka berbunyi "Where is everyone?"

Dan pada petangnya, baru Erich reply:

Erich: Rumet ko pergi Serian. Kami pulak balik kampung.

Gua : Homesick!

Erich: Lonely!

Dan sekarang, gua baru nak bersiap-siap pergi makan. Gua tunggu je, kalo ada budak nak ajak gua tengok bola, gua join. Kalo takde, gua anggap diorang bizi dengan assignment la kot, tak pun diorang terhilang nombor gua.

Takpe, gua paham. Hari ni hari-tanpa-kawan gua.

Oh lagi satu, semalam 'dia' ada mesej, tapi gua malas nak layan dah. Buat pening kepala. Baik gua siap, pergi kafe, makan. Agak-agak ngantuk, tido. Bola? Pergi mampus.

MonoLamka: Best gak hidup tanpa kawan ni, terutamanya bila kawan yang ada pun semuanya menimbulkan masalah dan membawa kemudaratan.

Wednesday, March 11, 2009

Pembetulan=Kebetulan=Ketulan=hah? #001

Untuk post yang bawah ni.

AKT = Aku Tak Cool sebenarnya. Dahlah salah akronim, salah susunan pulak tu. Lucah betul.

Maafkan saya atas kekeliruan ini. Saya mabuk rumus. Ada assignment nak kena submit esok.

Apa dia? Lucah? Lucu boleh ka? Lucah takda la kat sini.



Lu orang perasan tak, dalam cerita Amerika, terutamanya cerita yang ala-ala James Bond atau Misyen Imposibel, mesti ada babak yang menunjukkan pergerakan orang baik/hero dipantau oleh pihak musuh dengan adanya trace bugs, gajet yang canggih-canggih atau satelit? Mereka ingin menonjolkan sistem keselamatan mereka yang canggih la kononnya...


Tapi nampaknya lu orang pun tak terlepas dari ancaman seumpama ini. Lu orang tau tak, yang IP number kat komputer lu orang tu boleh di trace dan segala browsing history lu orang tu boleh dicapai? Nak buktinya? Meh sini gua tunjuk satu contoh.



sila klik untuk besarkan gambar


Thanks to live traffic kat sebelah kanan blog gua ni, gua dapat tau sapa yang masuk dan keluar dari AKT ini. Siap dengan OS, browser dengan negara lagi. Tapi tu bukan prioriti utama gua tulis post kali ini.

Cuma gua nak tanya la kan, haram jadah mana yang bukak blog gua ini dengan nawaitu ingin mencari 'perempuan bogel' itu? Jika anda rakyat Malaysia, anda boleh tarik nafas lega sebab orang itu bukan abang anda, kawan anda, atau kekasih anda. Tengok country dia tu, orang itu bukan dari Malaysia.

Dan peminat gosip mana la yang rajin sangat nak ambil tahu pasal kegiatan artis yang suka 'pergi clubbing' ni? Mesti bukan orang Malaysia ni. Artis Malaysia mana suka pergi clubbing kan? kan?


Minta maaf la kalau lu orang buka blog ini dan tak dapat apa yang lu orang mahukan. Gua nak umumkan bahawa dalam AKT ni, tiada cerita pasal PERGI CLUBBING, tiada PEREMPUAN BOGEL, tiada LELAKI BOGEL mahupun PONDAN BOGEL. Begitu juga dengan MELAYU BERTUDUNG 3gp, PEREMPUAN MELAYU BOGEL, MINAH REMPIT KENA KENDURI, MINAH REMPIT MAUT DICAKAR BERUANG tu semua takda dalam blog ini.

Oh ya, BERUANG BOGEL pun takda kat sini!!!

MonoLamka: Perkataan dengan huruf besar sengaja ditulis supaya blog gua naik dalam blogsearch dan lebih ramai pervert yang bukak blog gua dan berasa hampa. Ada ke? Nak tau? Nanti gua highlight lagi isu ini. Tunggu.....

p/s: Thanks to penjenayah.merah.jambu. Aku ambik idea dari isu ko ini. Sila hubungi saya kalau anda mahu menyaman sebab gua takde lawyer beb haha.

Gua ada kata kan yang gua ni dalam kategori kacak?



***AMARAN: Kepada ibu mengandung, sila abaikan post ini.***





Nah,hadiah untuk lu orang. Eksklusif ni sebab pihak majalah sibuk nak beli gambar ni kat gua. Biasalah, kalau dah fotogenik, memang jadi igauan editor majalah la.


Haha tak senonoh la gua ni, gua tau. Lu orang pernah dengar perkataan 'takde keje'?

Pasni lu orang jangan kawan dengan gua lagi. Gua dalam proses buang kawan ni.


MonoLamka: Oh gua lupa nak bagitau. Nama majalah tu ialah Mastika. Tak tau diorang nak buat apa dengan gambar fotogenik gua.

Monday, March 9, 2009

Kepada Encik Katil, aku sayang kamu!!!

Macam biasa, gua dan hujung minggu amat mesra kebelakangan ini. Semuanya sebab bila datangnya hujung minggu, gua dapat bermesra dengan Encik Katil kesayangan tanpa gangguan.

Atas sebab ini juga lah, hubungan gua dengan Encik Laptop menjadi renggang. Begitu juga dengan Encik Buku dan Puan Kalkulator serta anak-anak mereka, Pen dan Thumbdrive. Cik Handphone? Ah, gua kawan dengan dia pun kalau perlu saja. Gua dah hilang kepercayaan kepada Cik Handphone. Baik gua bermesra dengan Encik Katil daripada picit-picit Cik Handphone tu.

Dan kerana terlampau kerap bersama Encik Katil, kotak fikiran gua menjadi kurang membawa benefit. Jadi gua percaya, atas sebab-sebab ini, gua jadi tak aktif dalam meng'update' blog ini pada hujung minggu.

Kerana dah tiada idea, gua nak belanja lu orang gambar ni. Sila ambil buat wallpaper anda.




Ini gambar gua dan kawan-kawan gua kat 'Gua Angin' (Wind Cave). Haha banyaknya 'gua'. Jika anda berasa teruja kerana menyangka bahawa ruang di dalam Wind Cave sangat terang dan anda ingin mengajak keluarga anda terbang ke Sarawak untuk bercuti di Wind Cave pada Jun ini, anda memang sengal sebab ni gambar kat luar cave. Kami kesuntukan masa dan kesuntukan duit untuk masuk. Lagipun takde torchlight.

Oh ya yang mana satu agaknya penulis?


MonoLamka: Sorilah, pasni aku post entri yang lebih mencabar minda korang. Takde idea ni!!

Friday, March 6, 2009

Lu orang takkan faham apa mesej gua ini.

Cuba bayangkan.

5 atau 10 tahun akan datang, bila lu orang dah ada anak. Bagi mereka yang mahukan anak mereka 'menjadi orang', anak-anak akan diasuh dengan nilai yang boleh diterima oleh orang-orang sekeliling. Dari segi agama, akhlak, common sense, budi bicara, komunikasi, pergaulan sesama manusia dan makhluk lain, dan banyak lagi. Semua perlu dijaga sehingga kita sendiri berasa agak mustahil untuk mempunyai anak yang begitu sempurna budi pekertinya. Sebab kita, sebagai anak-anak zaman sekarang sudah merasakan betapa mustahil semua itu.

Tanya saja orang-orang di sekeliling, ada lagikah budak lelaki yang tidak pernah melihat tubuh wanita bogel sekarang ni? Ada lagikah si perempuan yang duduk di dapur menemani ibunya? Ada lagikah remaja yang tidak suka bersosial bersama kawan-kawan? Ada lagikah yang tak faham bila orang berkata "p*k*m*k" dan "f**k you"?

Sebab kita sendiri dah nampak, betapa besarnya pengaruh luar terhadap kita. Betapa banyak medium yang disalurkan kepada kita. Paling dekat ialah kawan-kawan. Kemudian media. Kemudian orang sekeliling. Kemudian diri sendiri yang cuba mencari anjakan. Terlalu banyak faktor sehingga kita merasakan kalau sekarang sudah begitu telus anasir-anasir negatif disalurkan kepada kita, macamana agaknya lagi 10 tahun akan datang?

Sekarang pun bukan tak pernah berlaku. Sudah ada orangnya, depan mak ayah alim bertudung labuh, di belakang mereka buka tudung pakai baju ketat nampak tatu salib di dada. Dah kita jumpa orangnya, depan mak ayah cakap sopan, belakang mereka lepak dengan kutu, mat ganja, dadah, kaki judi. Depan awek bukan main manis, bila berjauhan pergi clubbing dengan member bawak 'apam' sebarang dua. Ni baru pengaruh persekitaran.

Macam mana dengan pengaruh media? Lu orang tau macam mana Marilyn Monroe dapat berjaya kat Hollywood? Korang tau apa yang terjadi antara orang yang bernama Norman Hakim dan Abby? Apa cerita terbaru Mas AF? Macam mana Kurt Cobain semasa dia hidup dan macam mana dia boleh mati, lu orang tau? Kisah hidup mereka semua ni menjadi tatapan kita sehari-harian dan pelbagai judgement dibuat. Macam-macam ulasan, tohmahan, pujian, lambungan dan cacian diberi.

Sekarang gua nak tanya, pernah lu orang jumpa diorang semua tu depan mata? Tak pernah kan? kan?

Tu lah pengaruh media. Daripada tak kenal, kita jadi kenal. Semua benda dari setiap penjuru didedahkan. Britney Spears masuk tandas awam tak pakai kasut pun orang tau. Itu baru benda yang remeh macam tu. Kalau orang kecoh pasal ahli parlimen punya gambar separuh bogel disebarkan, kisah pramugara terlampau, artis dipalat bila gambar bogelnya disebarkan bekas kekasih, mesti lu orang Google kan? Agak kalau ada orang 'ter'rakam gambar Awie korek hidung pun, mesti lu orang nak Google gak kan?

Ingat, tak semua benda yang kita lihat, kita dengar, kita cakap, kita rasa, ditapis dari perkara negatif. Satu-satunya modal insan yang penting untuk menapis benda negatif ini ialah diri kita sendiri.

Bagi gua, ada 3 perkara untuk ditafsir setiap apa yang sampai kepada kita iaitu baik buruk, bijak dungu, dan menang kalah. Kita sendiri yang tentukan. Baik atau buruk sesuatu benda itu, adakah keputusan kita (baik atau buruk) itu adalah sesuatu yang bijak atau dungu, dan adakah menjadi bijak atau dungu yang membuatkan kita menang? Ataupun kita sanggup kalah semata-mata untuk dianggap bijak?



MonoLamka : Amacam, agak-agak gua dah boleh jadi Ahli Parlimen tak? Buat sidang bawah pokok pun jadilah.

Wednesday, March 4, 2009

Orang nak bayar hutang PTPTN pun tertangguh, inikan pula...

Hari tu gua dapat surat dari Persatuan Perokok Melayu.

Diorang kata gua punya permohonan untuk berhenti dari menjadi ahli persatuan terpaksa ditangguhkan dulu. Ada orang dalam bagitau gua, mungkin mesyuarat terpaksa dilakukan sebelum keputusan permohonan gua dilakukan. Jadi buat masa sekarang ni, gua masih lagi ahli persatuan.

Sekian, terima kasih.


MonoLamka : Weh, jangan marah ar kalau aku cakap aku dah berenti, dan 2 minit kemudian aku 'ter'pau korang. Aku cuba petua minum air ni, tapi nampaknya gagal le...



Monday, March 2, 2009

Gua dah hantar borang resign kepada Persatuan Perokok Melayu.

Amaran: Kepada tokey rokok, sila skip entri ini.



Sebelum baca, gua nak tarik balik kenyataan gua dalam posting sebelum ini. Okey sekarang gua nak reveal penemuan gua, Albert dan Leo dalam research yang kami jalankan minggu lepas. Penemuan ini mungkin agak mengejutkan sesetengah pihak termasuk kami sendiri. Cakap banyak tak guna, sekarang lu orang tengok je gambar ni...



Otak busuk lu orang mesti memikirkan sesuatu yang kotor, kan? Rilek, ni bukanlah kertas tisu yang dihasilkan oleh Chia Kung Seng, Yan Wei Jie atau Yoke Peng Peng di tandas. Buat pengetahuan lu orang, kertas tisu ni adalah hasil dari tapisan asap rokok Winston dan Rave. Caranya mudah, hanya memerlukan sebatang rokok dan sehelai tisu.

1- Mula-mula, sedut sebatang rokok dan jangan exhale (hembus asap rokok itu)

2- Ambil kertas tisu dan tekapkan ke mulut anda.

3- Sekarang, hembuskan asap rokok tersebut.

Dan hasilnya tidak mengecewakan. Okeylah mungkin akan mengecewakan bini, awek, rakan sebilik dan rakan seangkatan lu orang. Lu orang baru sahaja melihat satu fenomena di mana satu sedutan asap rokok telah menyebabkan paru-paru lu orang menjadi sedikit kuning kehitaman, seperti yang tertera di atas kertas tisu tadi. Itu adalah, mengikut pemahaman gua lah, tar yang terdapat pada setiap batang rokok (dan pada setiap batang jalanraya).

Dalam gambar di atas, kesan kuning di sebelah kiri adalah dari asap rokok Rave, manakala di sebelah kanan adalah kesan asap rokok Winston.

p/s : RAVE adalah sejenis rokok murah yang agak popular di sini. Sekarton RM26.